Monday 13 October 2014

Tulis La Direct..

aku memang tak suka dan memang menyampah bila kat paper kuar crita produk ni ada bahan merbahaya, produk ni ada bahan yang boleh menyebabkan kanser, minuman ni ada racun berbahaya, syarikat ni buat bihun dengan cara kotor, pengeluar roti benggali ni uli doh dengan kaki...bla bla bla..tapi nama produk haram tak disebut, nama company tak ditulis nama syarikat boh kiasan, produk terkenal keluaran sebuah syarikat.. hampa ingat semua tau ka syarikat mana yang kuarkan produk femes.. kadang a kata produk ni femes, b kata produk ni yang femes.. kan baik hampa tulis secara terang dan jelas. baru la orang faham, orang akan berhati-hati tak beli produk jahanam tu. baru la orang ramai akan avoid dari beli produk syarikat tu. ni tulis guna kiasan..mana orang nak tau. kalau dah sah ada bahan kimia, dah sah hampa tangkap depa tengah uli doh roti dengan kaki, tulis ja nama syarikat tu, baru orang tau si pengotoq tu.. geram aku bila baca paper, tak tulis dengan jelas. serupa juga la dengan orang terkenal yang kena tangkap, bekas ahli politik tu, bekas penyanyi tu..tulis terang-terang.. senang crita.

No comments: