hari ni hari pertama dalam kalendar Islam dan dalam tahun baru Islam..ptg kelmarin, kita berdoa untuk akhir tahun dan Maghrib kelmarin kita berdoa untuk awal tahun. semoga dosa2 kita akan diampunkan oleh Yang Maha Esa dan dilindungi diri kita dan keluarga serta sahabat handai dari mara bahaya. syaitan2 menangis kelmarin tatkala doa dibaca kerana tipislah peluangnya untuk menggoda anak adam melakukan kejahatan dan mengikutnya ke neraka.
sempena tahun baru ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru hijrah dan mulakan azam serta tekad untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya samada dari segi kerja, kehidupan dan yang penting amal ibadat kita. kerana amal itulah yang akan kita bawa ketika mengadap yang Esa.
dengan keadaan dunia yang semakin berpancaroba ini, hanya kekuatan iman dan takwa yang dapat membantu kita menangani permasalahan yang timbul..
sama - sama kita berdoa dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertakwa..
aminnn
No comments:
Post a Comment