pernah jalan atas pokok??takut gayat?? ha ni le tempatnyer untuk menguji sejauh mana anda takut tinggi.lokasinyer dekat sedim, kulim, kedah.
bayaran masuk, rm 10 jer tapi kalu pi by group bleh ler dapat rm8 sorang. jauhnyer perjalanan atas pokok ni ialah 925m..aku difahamkan laluan terpanjang dalam dunia..laluannya bukannya bergoyang macam kat taman negara tu, ni laluan yang kukuh.
apa yang dapat dilihat sepanjang perjalanan ni? kehijauan hutan, binatang macam lutong, burung, deruan air terjun yang sungguh deras..huihh dengar bunyi air je dah takut..
FYI, sedim memang terkenal dengan aktiviti arus sungai deras..arus deras nya antara terbaik di didunia dengan laluan yang amat berliku..be careful, ada yang dah meninggal masa buat aktiviti arus deras ni..masuk paper lagi..
kat sini juga ada chalet penginapan, jadi bleh ler bermalam pada sapa yang datang dari jauh..
so, meh le melawat Kedah...
No comments:
Post a Comment