seperti biasa, di bulan puasa, akan kita baca kes hilang tangan, jari, muka luka sebab main mercun..setakat hari ni, belum ada lagi la keluar surat khabar ker kecederaan disebabkan main mercun..harap2nya, samapi habis bulan posa ni tak daklah cita cam ni kuar...aku dulu masa kecik2 ada la join abang aku main mercun, tapi takat mercun yang kecik jer..kalu yang bunyi kuat2 tu, tak berani aku..aku takut dengan bunyi mercun sebenarnya..nak plak ada geng main meriam buluh..cisss nyampah tahap gaban aku..bising betul..abang aku pernah le buat meriam, tapi bukan buluh, meriam tanah..giler ko, bunyi kuat, pastu ada polis datang..sapa repot ntah..dengan sepantas kilat la, dia dan kawannya lari menyelamatkan diri..keh keh keh..padan muka...
|
mercun cam nih banyak laki aku ada, tapi dah kasi kat orang..dah tak dak dah..lega aku... |
|
ni rupanya meriam buluh..kedua2 gamabr ni aku amik dari carian google..kepada tuan punya gambar, maaf ye..
tapi, itula, walaupun ada peraturan dan denda dikenakan kepada sesiapa yang didapati menjual, memiliki mercun, tapi ada gak yang degil, jual jugak benda alah tu..kat pasar malam bersepah ada, kat bazar Ramadhan..tapi takat aku dok pi bazar Ramadhan ni, belum jumpa lagi la.yang aku cakap ni tahun lepas punya..ingat tak cita yang anak seorang penyeludup mati atas pokok disebabkan letupan dari mercun yang ayah dia sembunyikan dalam rumah..kesiankan???kuatnya letupan sampai terpelanting budak tu...tapi, ada perubahan jugak la sikit berbanding dengan dulu, masa aku kecik2 dulu, crita bab kena mercun ni, boleh kata tiap2 hari ada..sebelum undang2 bab mercun diperkenalkan..sat budak tu putus jari, sat budak tu buta mata, sat cedera sana, sat cedera sini..yang dah buta mata tu plak kata, saya dah insaf tak nak main lagi..elok ler sebiji mata dah buta..tu la orang tua2 kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna..sapa yang rugi..hmmmm sendiri mau ingat la..
so?? haarap2 tahun ni, tiada lagi kes kecederaan disebabkan mercun akan kedengaran..bior le tokey mercun tu main sorang2...biar kilang mercun tutup.duit nak beli mercun tu baik le beli popiah basah, lagi sedap.. |
2 comments:
lebih teruk lagi budak-budak ne main masa orang tengah solat terawih..kuat giler bunyi mercun tu..sampai terkejut..hahah
tak perlu main mercun untuk memeriahkan hari raya...
Post a Comment