Saturday, 28 July 2012

Tuhan..Berikan Aku Kesihatan Yang Baik

sebelum baca, terjah baju raya kat sini duluuuu.........



satu hari, tengah aku dok terjah blog orang lain, aku terterjah satu blog bro nih..blogger hebat nih..aku baca le satu cita tentang seorang ibu yang sakit, dok di hospital, anak dia ada le skali..anak dia tidur atas katil skali dengan mak dia..makan bubur pakai tangan sebab camca takde ke atau spital tak bagi  tak tahu le aku..aku nengok gambar tu, sedih rasa hati..nak kuaq air mata aku nih..nasib le dalam bilik sorang2..tidak apa le yang lain fikir, nangis plak time kerja...bila tengok gambar tu, aku terfikir, Ya Allah, bagilah aku kesihatan yang baik..aku nak jaga anak aku, nak jaga mak aku..sedih benor nengok anak yang tak boleh buat apa  dok tunggu mak yang sakit kat spital..nak dapatkan kesihatan yang baik perlu bermula dari sekarang..makan kena jaga, senaman kena buat, fikiran kena tenang...selain dari itu, kena ada la sikit back up contohnya insuran..aku bukan nak promote insuran mana2 company, tapi bagi aku, amatttttlah pentingnya insuran nih..bila ada insuran cover, dapatlah kita dapatkan rawatan yang lebih baik, tempat lebih selesa..bukan la nak kata spital kerjaan tu tak bagus, tapi, kan ke ramai, depa pun tak dapat nak tampung pesakit yang ramai..aku pernah pergi spital, tengah2 lorong pun depa kena boh katil..nak buat macam mana...terpaksa...
aku ada satu kisah benar... kawan laki aku nih, kerja gomen, pangkat pegawai..kalu dah pegawai, dalam tangan mesti rm 2 3 k gerenti la kan..anak pun takder..tiba2 dia dapat sakit buah pinggang..perlu kos untuk nak rawat..laki aku cakap dia tak ade duit nak buat medical..terkejut la aku..gaji mahal, bini sorang, anak takder..napa tak amik insuran..bukan mahal sangat pun, rm 100 pun ada.nak kad saja pun ada..rm 50 pun bleh dapat..tapi cover ok gak...adik bradik pun pakat la share duit..kena la rm30k..untuk yang pertama, buat la kat private spital di penang..dah selesai yang pertama, tak ok lagi, kena plak buat yang kedua..tapi, mana nak amik duit???sedara baru jer bagi..takkan nak bagi lagi..nak tunggu yang kerajaan lambat sikit..sakit dah teruk...dia ni dok di spital swasta sekejap, bila dah tak bleh buat apa, spital swasta hantar le ke spital kerajaan untuk rawatan seterusnya..duit dah tak de berubat le cara kampung dan bila aku jumpa abang dia..aku kenal abang dia sebab kami pernah kerja bank sekali..abang dia kata, tunggu tengok je la..makan ubat yang doktor bagi je la..dalam dok sakit teruk tu, bini plak mintak cerai..tak cerai pun tak mampu nak jaga, dia pun ceraikanlah..dalm 2  3 bulan lepas tu, dia pun meninggal...tamat le penderitaan yang ditanggung olehnya...
kesimpulannya kawan2..beringatlah sebelum kena..memang diakui, kadang2 ada yang kata nak makan pun tak lepas, nak amik insuran macam mana??? ya, itu betul, aku akui..aku pun, amikstat  insuran masa kerja bank dulu, sebelum tu aku tak amik sebab masalah duit..tapi, kena tengok lah jugak, kalu ada yang pakej rendah, amik le..contohnya..abang ipar aku keja buruh mpsp jer..anak 4, bini tak kerja, ngasuh anak aku jer, tapi dia potong jugak insuran walaupun sikit..baru ni dia xciden, mc sebulan, dapat lah jugak claim dalam rm 2 3 k..oklah dari takde langsung..apa2 pun, pandai2lah kita rancang kewangan dan masa depan kita..kita merancang, Tuhan yang menentukan...

2 comments:

Minah Bunga said...

salam..singgah sini yer..follow done..:) salam kenal...

Eyriqazz said...

tahniah,anda salah seorang pemenang

http://www.eyriqazz.com/2012/07/kenapa-eyriqazz-tidak-sesuai-jadi-host.html