well, aku kan baru tarnsfer dari Baling ke Kulim.hari ni, first time le aku ke Mahkamah Kulim..punya la lama menunggu nak jumpa majistret..polis bagitau pergi pukul 9 pagi..orait, pukul 8.45 aku dah naik kenderaan pi mahkamah..sampai je, muka polis aku tak nampak..takpe, kita tunggu di atas..bila aku sampai kat tingkat atas, ada sorang makcik tu, tengah tunggu anak dia untuk kes hari nih..kononnya aku akan bawa kes dia hari nih..aikkk bila masa plak nama anak makcik ada dalam senarai saya???hari ni saya bawa 3 orang ja.2 india, sorang melayu..ada la sorang mamat tu, pakai agak smart, mai tanya aku itu ni..sapa la plak nih..aku dah le baru tukar kat sini..sapa pun aku tak kenal kat mahkamah nih...rupanya, makcik tu salah paham, ada minah mana ntah, pergi rumah dia, bagitau anak dia naik court hari nih..itu yang dia datang..sian dia..anak dia punya kes, minggu depan nuhhhh...baru dok dalam lokap 8 hari..urin pun belum sampai lagi..sedih dia datang dari pagi tadi..upa-upanya silap...bagi sesiapa yang baru pergi mahkamah untuk apa2 kes pun, diingatkan, jangan terpedaya dengan ulat mahkamah..sebabnya, ada jugak orang yang amik kesempatan daripada golongan yang tak tahu nih..aku bagi satu contoh: kes penagihan dadah..AADK akan bawa kes untuk yang urin positif untuk dituduh samada masuk pusat serenti atau pengawasan di luar..tau tak pusat serenti tu apa???ala, tempat kita rawat penagih la..sebelum jumpa majistret, kita dah tengok tahap keparahan kes, rayuan keluarga dan sebagainya..syor kita kepada majistret berdasarkan benda tu lah..jadi, apa yang ulat mahkamah ni akan buat, dia akan mai dekat pegawai AADK, tanya, kes ni dapat apa, kita pun tak tau, bagitau kata kita bagi pengawasan, makna kata dia boleh balik rumah la..ulat ni akan pi ke keluarga yang mai, bagitau, saya dah bincang dengan AADK, depa bagi dok luar, bayar la RM 500.00..saya dah bincang dengan depa..dah kautim la maksudnya...haaa, nampak tak macammana orang ramai kena tipu..padahal, syor kita takdak kaitan pun dengan ulat tu...orang ramai yang tak tau pun bagi jer..lastly, yang busuk nama AADK dan polis...yang jadi ulat tu selamat...so, berhati2 bila berurusan dengan orang yang tidak dikenali...jika ada apa2 hal, berhubung terus dengan pihak yang berkaitan...
cam kes aku tadi, pukul 9 aku pi mahkamah, pukul 11.45 baru jumpa majistret..hari ni ramai bebeno orang..hmmm nak wat gena...kesimpulannya: 3 3 orang aku bagi dok luaq..hampa tak mai pejabat aku, aku report langgar syarat..masuk penjara..padan muka..hahahahha
INGAT!!! DADAH BUKAN BENDA YANG BOLEH DICUBA...ANDA CUBA, ANDA SENGSARA...
3 comments:
sekiranya melanggar syarat? which mean x pergi lapor diri, camne nak buat?
Up langgar
kes mcm mane yg layak di beri pengawasan luar.. xperlu pusat serenti
Post a Comment