Seperti yang dinyatakan, kami sekelurga pi la Perlis.Nak bercuti la kononnya.Maklum la last pi bercuti bulan 1 tahun lepas di Langkawi. Sian plak anak aku ni cuti tak pi mana.Aku pun google la kat internet,jumpa la hotel bajet nih.Niat sebenar nak dok di T Hotel dekat dengan Kuala Perlis, tapi tak jadi sebab bos aku rekemen hotel bajet ni.Hotel baru katanya.Aku pun on ja la.Booking la hari Khamis tu satgi lambat boking, penuh plak.Time cuti lagi nih.Jenuh gak la mencari tempat ni sebab tak perasan lokasi walaupun dah lalu dah kawasan tu masa pi Padang Besar hari tu.Sampai dalam jam 2.30 petang, bertolak dari rumah jam 10.30 pagi.Awat lambat sampai, nanti aku cita.Kalau rajin la.Check in, masuk bilik, rehat sat, lewat sikit baru nak kuar pi jalan-jalan Perlis.
Ni kad yang ada kunci bilik. Kalau sapa dok pi Kajang dan pernah menginap di KK Kajang.Sama la situ dengan sini condition bilik dia.Memang bajet la.Kecik je bilik.Aku ingatkan besaq.Tapi ye la dah kau cari hotel bajet nak bilik besaq.Banyak cantikkk...
Blur je gambaq anak aku nih. Payah benor nak suruh bergambar.
Ni le katilnya.Katil Queen sebiji. Cerek ka kopi ka tea ka takdak. Kat KK ada gak benda nih.Telefon pun fail nak calling receptionist ka apa ka.Bilik air ok la. Takpa la, dah duit kecik, dok la hotel kecik.Heeee...Lagipun ni percutian koboi ja.Next time tak mo dah amik hotel bajet.Sempit , nak semayang pun susah.
Aku pi ni tak bawa adik Ain sebab cuaca panas.Kalau bawak dia lagi haru, tempat kecik, nak bergerak pun susah.So,belajar dari kesilapan k.Apa-apa pun ok la hotel bajet nih.Untuk yang bujang amat sesuai sebab sorang dirikan, apa nak kisah.Dekat dengan tempat soping.Cmart,kedai makan arab, yogurt,7E,kedai makan.Kira tak risau la bab kemudahan makan minum tu.Dekat dengan balai polis, dengan istana.Dah Arau bandar diraja kan..
3 comments:
seronoknya bercuti, yang penting dpt jenjalan kan ;)
duk bilik kecil tak pe..bukan nak duk dlm bilik je..kan nak g jalan2..
yang penting dapat spend masa jalan2 dgn anak anak..utk next year punya plan cuti dah boleh kumpul duit sekarang..hihi..
kedai borong kat parit buntaq tu kat mana..?
Post a Comment