Tuesday, 25 March 2014

Selamat Hari Polis Ke 207

25 Mac 2014 (Selasa) merupakan hari polis.tahun ni tahun yang ke-207.lama dah tu.aku dijemput untuk menghadiri hari polis yang disambut di IPD Kulim.first time pi.selalu tak pernah dijemput pun.aku pi awai.koi 7.30 dah sampai.dah dalam tentatif camtu.tapi startnya lambat jugak.kawad, pemeriksaan barisan, nyanyi lagu, bagi sijil penghormatan.selesai.pastu ada makan2.part ni best.nasi lemak dengan sambal sotong.sotong dia besar.ada telur lagi.aku bedal 2 ekor.bukan senang nak makan kat IPD ni.hahahah macam la tak bleh beli sendiri kan?
Polis ni satu kerja yang murni.actually, apa2 kerja pun murni kan?tapi bukan la aku nak kata, ramai yang kutuk polis.polis makan duit la.polis kuat rasuah la.macam-macam dikatanya pada polis.tapi bila rumah kena masuk pencuri,cari sapa?polis gakkan?aku akui la, bukan semua polis bekerja dengan jujur.ada yang amik duit orang.cthnya yang dok tunggu tepi jalan tu.orang naik motor tahan, ada salah sikit, minta duit kopi.takkan hampa tak tau benda ni kot.memang ada terjadikan?tapi harus diingat,kerja apa pun ada yang tak jujur.kejujuran tu bergantung pada orang tu sendiri bukan kira apa jawatan dia.as a muslim, ingat halal haram.duit tu kita nak bagi anak bini makan.nanti jadi darah daging.ha, camna?renung-renungkan..

note;apa yang aku tulis adalah pendapat aku..kalau terasa,sori lah yer...

1 comment:

Rai Ourkizuna said...

selamat hari polisi..

ps:ye ke..kami ada pusing2 kulim gak aritu.. pegi mandi kat sedim.. insya allah ada rezeki ke sana lagi bila musim cuti sekolah.. hihi..