Saturday, 29 March 2014

Mi Udang Sg Dua

Dah lama dok berjanji dengan adik bradik belah asben nak belanja depa makan mi udang.Tak pasti lagi nak makan kat mana,Sg Dua atau Sg Petani.Kalau kat Sg Petani, kat D'King.Dekat dengan Giant, Sg Petani.Aku pernah makan kat situ masa ada kusus di sana.Seeeedap.Nak kata mahai takla sangat sebab ikut jenis udang yang kita amik.Kalau udang bela, murah sikit, kalau udang laut mahai la.Tengok gak size,besaq ka kecik.
Lastly, kami pi makan kat Sg Dua.Lama tak pi.Habis kerja koi 3.30 petang, 27.3.2014 hari Khamis hari tu, balik rumah kejap.Tunggu asben balik, roger semua abang ipar yang berkaitan, ok,kami pi lepas Maghrib.Aku yang berjanji nak belanja depa makan ni sebab yang sorang tu ngasuh anak aku.Kadang-kadang aku amik lambat, kadang-kadang tinggai anak kat depa masa time cuti sebab kena kerja,laki aku pun kena kerja.Jadi cam belanja terima kasih la.Yang sorang lagi tu sebab selalu tolong aku dengan asben.Apa2 hai kami akan cari dia dulu.
Aku takdan nak snap gambar makanan sebab dah lapaq sangat.Sebelum sampai g dah terbayang mi udang tu.Sampai ja makanan teruih kami ngap.Kos semua rm201.90.mi 6 bungkus depa caj rm24.Jadi sebungkus rm6 la.Termasuk upah masak.Udang kami amik sekilo lebih.Kena caj rm 129.60.Sekilo rm120.Ok la.Sekali sekala belanja makan.Kalau ikutkan, abang ipaq aku yang no.2 tu dah kerap sangat belanja kami makan.Aku baru kali ni.Heeeee...Kita gaji kecik.
 
 
Ni alamat tempat tu.Memang femes.Masuk dalam rancangan Astro, Makansutra yang pengacara dari Singapo tu.Tokey dia boleh cakap cina.Dalam rancangan tu dia cakap cina.

 
Ni anak sedara yang debab.Baru darjah 1 nih.
Ni anak abang ipar no.2.

 
Yang baju hijau tu Abah Din a.k.a abang ipar aku no.3. Bini dia yang ngasuh anak aku.Depan sekali,Haikal,Mohsin, yang tudung biru tu, Ilya (tapi tak nampak muka),yang kecik tu, Ain,anak aku yang kecik.
 
Habis makan..kami cau.Masa mula-mula sampai, orang punya la ramai.Elok kami habis makan, ruyup.Pakat balik habis.Kesimpulan, jangan mai awai.Orang ramai.Jangan mai lewat sangat, satgi sampai-sampai kedai tutup.Kempunan plak.Heeee..Agak-agak la timing tu..

2 comments:

Ibu Lala said...

Mer udang ni is my peberet. Tapi jauh sgt la nak pi sg 2 nun.

Unknown said...

rugi aritu tak dapat nak makan mi udang sbb tutup..tak pasti kawan nak bawak kedai mi udang yg mana satu.. tapi masa tu kat sg petani la..