Tuesday, 31 July 2012

Dah Sampaiiiii TanameraKuuuu

dah beli baju raya blum??klik sini

pernah dengar produk ni?? untuk orang bersalin..yang tak bersalin tak leh pakai...aku sebenarnya pun tak pernah dengar nama ni..tapi sejak terjebak dengan dunia blog ni, sejak selalu masuk blog akak merah nih aku terbaca le entri pasal Tanamera nih..Anak Chef Wan pun pakai produk nih.


so,dapat je gaji bulan nih, aku pun terus le transfer duit masuk dalam akaun company tu, bagi detail suma, tunggu le depa pos mai barang kat aku. kalu nak tgk web depa klik sini jer .nak g beli kat sana, jauh tu..lagipun servis penghantaran percuma.apa nak susah..klik sana klik sini selsesai le urusan..amik masa 2 3 hari gak la, barang nak sampai..jenuh aku menunggu..tak sabar nak tengok barangnya..nak pakai lagi 2 bulan jer lagi..sabor sabor...


kat dalam kotak yang sampai tu, ada le skali dengan buku panduan camna nak guna produk tu.ada omputih, ada bahasa Melayu..pilih le bahasa yang ko nak..baunya??ala barang untuk orang bersalin, confirm le bau cam herba2 gitu..


ni le barangnya..ada 11 item dalam tu..sempena bulan yang mulis ni, depa bagi satu minyak kelapa dara percuma..tidak dapat satu je, ni tambah lagi satu..jenuh le nak memakainya..but dun wori, minyak tu digunakan sebelum bersalin..cam sekarang ni aku dah guna untuk sapu kat perut supaya tak berapa merekah perut tuh..arahan penggunaan clear..kalu tak clear, pusing arial..heheh cam nak tengok tv plak..maksud aku, bleh le tanya depa balik..tapi rasanya dah cukup clear dah arahan penggunaannya...
jadi,jadi, tunggu lagi 2 bulan, aku akan cita tentang produk ni sepenuhnya..sebab aku dh beli, jadi aku kena la pakai..tidak membazir jer...opss lupa, barut pun diberi sekali..lagi le senang tak yah g cari plak..mudahkan???



Kupon Domino Pizza...Jom Try...


 hahahaha, kelmarin berlaku satu insiden yang memalukan diriku..critanya, kawan sepejabat aku tunjuk kat aku kupon Domino Piza..aku tengok je kupon tu, aku cakap le, saya dah pi makan dah piza ni..tak sedapla..awat depa kata sedap??saya baru ja pi..dengan selambanya aku berkata..sambil berjalan ke bilik memba pejabat aku tuh..masuk je  dalam bilik memba tu, aku nampak ada 2 orang staff  Domino Piza tengah duduk comey je dalam bilik tu..kuang kuang kuang..kena dah aku..dia dengaq la apa yang aku cakap tadi..aku kutuk piza depa tak sedap..tak sempat aku buka mulut lagi, dia dah explain , akak silap pilih menu sebab tu tak sedap..akak kena pilih yang ni, partner dengan yang ni. yang ni pilih dengan yang ni, yang tu pilih dengan yang tu..haaa amik ko, dia tolong padankan untuk aku...aku pun ngangguk je la..ye ye ye..malu pun ada..


ha, ni la kuponnyer....isi nama, no tepon, isi, dan alamat, tempek cop jabatan dah siap..bayar le rm 20.00 untuk nak dapatkan kupon tu...dah bayar, u oll entitled le untuk dapat 1 piza saiz regular free..aku nak g amik le nanti...banyak jugak la potongan yang depa bagi kalu beli kupon bundle camni...


kelebihan beli kupon camni ialah: anda tidak perlu membayar govt tax, service charge, kalu suruh hantar mai rumah pun tak kena bayar caj penghantaran..bayar apa yang tertulis di kupon jer..dengan syarat, jangan le nak tambah cheese ke, xtra topping ke..amik je yang dalam kupon..nak tambah, bayar le sikit..kenapa aku amik kupon nih? sebab aku nak try le semua yang ada kalu boleh.mungkin padanan aku yang silap masa tu, jadi tak sedap..tak pe, aku try lagi..Domino ni pun dekat je dengan rumah aku, ada la dalam 3 km..sure dia boleh tolong hantar punya..lagipun aku memang minat nak order dari rumah nih...malas nak kuar rumah.
kan sekarang nih senang..semuanya di hujung jari...

HaRi YaNg MaLaS

hari ini, saya sungguh malas nak update entri..ada 2 3 topik nak cita tapi dah disebabkan malas yang berganda, jadinya, ku turutkan malas ku itu..habih, camno nak jadi blogger hebat??chewah perasan..sebab aku amat malas hari ini:
* masuk opis lambat sebab pergi klinik untuk chek perut dulu...punyalah lambat nak sampai turn..adoiiii penat oo tunggu.padahal aku dapat no. 4 jer..
* aku kena cucuk kancing gigi.actually dah lewat dah..patut kena cucuk lagi awai..yang aku pelik, napa misi/nurse tak perasan aku tak cucuk lagi sebab appoinment tak pernah ponteng...
* hb aku turun lagi..makan ubat farmasi pun turun gak..habis camno??apa den nak buat???any ideas plssss. disebabkan hb turun kena amik darah kat lengan plak nanti, pastu kena check najis takut ada cacing..patut le den rasa pening ja sebelum nih..rendah betoi hb den..
* aku masuk opis pukul 11..nak kerja pun malas..
* petangnya aku kena pergi klinik skali lagi sebab nak scan perut...pagi tadi nak buat pesakit yang menunggu ramai..kena datang balik petang..nasib le pejabat dengan klinik dekat..
 itu je la alasan kenapa saya rasa malas hari ini...tapi takpe, esok saya ada banyak story mori nak cita..petang ni aku ada jamuan buka posa kat opis..sponsor by someone..thx..moga murah rezki..

Saturday, 28 July 2012

Tuhan..Berikan Aku Kesihatan Yang Baik

sebelum baca, terjah baju raya kat sini duluuuu.........



satu hari, tengah aku dok terjah blog orang lain, aku terterjah satu blog bro nih..blogger hebat nih..aku baca le satu cita tentang seorang ibu yang sakit, dok di hospital, anak dia ada le skali..anak dia tidur atas katil skali dengan mak dia..makan bubur pakai tangan sebab camca takde ke atau spital tak bagi  tak tahu le aku..aku nengok gambar tu, sedih rasa hati..nak kuaq air mata aku nih..nasib le dalam bilik sorang2..tidak apa le yang lain fikir, nangis plak time kerja...bila tengok gambar tu, aku terfikir, Ya Allah, bagilah aku kesihatan yang baik..aku nak jaga anak aku, nak jaga mak aku..sedih benor nengok anak yang tak boleh buat apa  dok tunggu mak yang sakit kat spital..nak dapatkan kesihatan yang baik perlu bermula dari sekarang..makan kena jaga, senaman kena buat, fikiran kena tenang...selain dari itu, kena ada la sikit back up contohnya insuran..aku bukan nak promote insuran mana2 company, tapi bagi aku, amatttttlah pentingnya insuran nih..bila ada insuran cover, dapatlah kita dapatkan rawatan yang lebih baik, tempat lebih selesa..bukan la nak kata spital kerjaan tu tak bagus, tapi, kan ke ramai, depa pun tak dapat nak tampung pesakit yang ramai..aku pernah pergi spital, tengah2 lorong pun depa kena boh katil..nak buat macam mana...terpaksa...
aku ada satu kisah benar... kawan laki aku nih, kerja gomen, pangkat pegawai..kalu dah pegawai, dalam tangan mesti rm 2 3 k gerenti la kan..anak pun takder..tiba2 dia dapat sakit buah pinggang..perlu kos untuk nak rawat..laki aku cakap dia tak ade duit nak buat medical..terkejut la aku..gaji mahal, bini sorang, anak takder..napa tak amik insuran..bukan mahal sangat pun, rm 100 pun ada.nak kad saja pun ada..rm 50 pun bleh dapat..tapi cover ok gak...adik bradik pun pakat la share duit..kena la rm30k..untuk yang pertama, buat la kat private spital di penang..dah selesai yang pertama, tak ok lagi, kena plak buat yang kedua..tapi, mana nak amik duit???sedara baru jer bagi..takkan nak bagi lagi..nak tunggu yang kerajaan lambat sikit..sakit dah teruk...dia ni dok di spital swasta sekejap, bila dah tak bleh buat apa, spital swasta hantar le ke spital kerajaan untuk rawatan seterusnya..duit dah tak de berubat le cara kampung dan bila aku jumpa abang dia..aku kenal abang dia sebab kami pernah kerja bank sekali..abang dia kata, tunggu tengok je la..makan ubat yang doktor bagi je la..dalam dok sakit teruk tu, bini plak mintak cerai..tak cerai pun tak mampu nak jaga, dia pun ceraikanlah..dalm 2  3 bulan lepas tu, dia pun meninggal...tamat le penderitaan yang ditanggung olehnya...
kesimpulannya kawan2..beringatlah sebelum kena..memang diakui, kadang2 ada yang kata nak makan pun tak lepas, nak amik insuran macam mana??? ya, itu betul, aku akui..aku pun, amikstat  insuran masa kerja bank dulu, sebelum tu aku tak amik sebab masalah duit..tapi, kena tengok lah jugak, kalu ada yang pakej rendah, amik le..contohnya..abang ipar aku keja buruh mpsp jer..anak 4, bini tak kerja, ngasuh anak aku jer, tapi dia potong jugak insuran walaupun sikit..baru ni dia xciden, mc sebulan, dapat lah jugak claim dalam rm 2 3 k..oklah dari takde langsung..apa2 pun, pandai2lah kita rancang kewangan dan masa depan kita..kita merancang, Tuhan yang menentukan...

Wednesday, 25 July 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji

sapa ada tengok brita semalam??? hahaha mesti rasa seronokkan pada yang penjawat awam..dapat bonus separuh gaji, min rm 500.00..alhamdulilah..boleh le buat belanja tambahan nak raya..biasanya, hujung tahun  ada le lagi..tapi tak tahu la plak tahun ni camner..tahun-tahun lepas ada..bagi yang bujang double enjoy la, bagi yang ada keluarga, lega la beban sikit kot..tapi, korang jangan jeles sebab gaji keja gomen ni sikit jer..bonus pun sikit..tapi gaji swasta mahal..ada yang makan bulan dapat bonus..3 4 bulan bonus..giler tu..lebat bro..mesti senyum sampai telinga..yang gomen nih, takat sebulan je la, 2 pun 2 kali bayar..tapi takpe, dapat gak..syukurrrr....ikutkan tahun ni banyak yang kerajaan dah bagi..BR1M, TRIM apa lagi ek??dah lupa..apa yang diberi, kita terima dengan hati terbuka dan gunakanlah apa yang diberi dengan sebaik2nya..jangan membazir, beli yang perlu..biasalah, bila duit ada, nafsu pun tinggi..yang mana keperluan dan kehendak pun kita dah tak bleh nak beza..itu yang jadi hutang banyak tuh..nak plak, hutang kad kredit..silap haribulan, dapat surat diistyharkan muflis..naya naya..itulah padah jika tak berhemat ketika berbelanja...
  bila time nak raya nih, aku tengok bank bukan main lagi berlumba2 lagi turunkan rate int..bank persatuan 3.95% kalu tak silap, agro bank 3.85%, bank rakyat 3.98%..masa awai tahun dulu, MBSB ja yang paling rendah, sekarang dah banyak bank buat camtu..waaaa customer ada banyak pilihan nih..tapi itu le yang membelenggu penjawat awam. cuba korang check kebanyakan yang pinjam tu gomen staff le.dan banak pun memang menjadikan mereka sebagai sasaran utama..sebab, senang nak potong gaji..itu kemudahan yang ditawarkan untuk yang memerlukan,kita ni kena la beringat nak amik ke tidak kemudahan tu..jangan sampai potongan gaji lebih dari 60% dah.nanti nama naik sebagai keberhutangan yang serius..kalu yang kerja gomen tahu le benda nih..
  hmmm itulah duit...kalu takder duit, tak bleh ler nak buat apa..masuk toilet pun kn bayar..ooo itu ayat yang selalu orang cakap..stereotype...tapi, itulah hakikatnya..to all readers..berhati2 ketika berbelanja...

Pengalaman Pertama

well, aku kan baru tarnsfer dari Baling ke Kulim.hari ni, first time le aku ke Mahkamah Kulim..punya la lama menunggu nak jumpa majistret..polis bagitau pergi pukul 9 pagi..orait, pukul 8.45 aku dah naik kenderaan pi mahkamah..sampai je, muka polis aku tak nampak..takpe, kita tunggu di atas..bila aku sampai kat tingkat atas, ada sorang makcik tu, tengah tunggu anak dia untuk kes hari nih..kononnya aku akan bawa kes dia hari nih..aikkk bila masa plak nama anak makcik ada dalam senarai saya???hari ni saya bawa 3 orang ja.2 india, sorang melayu..ada la sorang mamat tu, pakai agak smart, mai tanya aku itu ni..sapa la plak nih..aku dah le baru tukar kat sini..sapa pun aku tak kenal kat mahkamah nih...rupanya, makcik tu salah paham, ada minah mana ntah, pergi rumah dia, bagitau anak dia naik court hari nih..itu yang dia datang..sian dia..anak dia punya kes, minggu depan nuhhhh...baru dok dalam lokap 8 hari..urin pun belum sampai lagi..sedih dia datang dari pagi tadi..upa-upanya silap...bagi sesiapa yang baru pergi mahkamah untuk apa2 kes pun, diingatkan, jangan terpedaya dengan ulat mahkamah..sebabnya, ada jugak orang yang amik kesempatan daripada golongan yang tak tahu nih..aku bagi satu contoh: kes penagihan dadah..AADK akan bawa kes untuk yang urin positif untuk dituduh samada masuk pusat serenti atau pengawasan di luar..tau tak pusat serenti tu apa???ala, tempat kita rawat penagih la..sebelum jumpa majistret, kita dah tengok tahap keparahan kes, rayuan keluarga dan sebagainya..syor kita kepada majistret berdasarkan benda tu lah..jadi, apa yang ulat mahkamah ni akan buat, dia akan mai dekat pegawai AADK, tanya, kes ni dapat apa, kita pun tak tau, bagitau kata kita bagi pengawasan, makna kata dia boleh balik rumah la..ulat ni akan pi ke keluarga yang mai, bagitau, saya dah bincang dengan AADK, depa bagi dok luar, bayar la RM 500.00..saya dah bincang dengan depa..dah kautim la maksudnya...haaa, nampak tak macammana orang ramai kena tipu..padahal, syor kita takdak kaitan pun dengan ulat tu...orang ramai yang tak tau pun bagi jer..lastly, yang busuk nama AADK dan polis...yang jadi ulat tu selamat...so, berhati2 bila berurusan dengan orang yang tidak dikenali...jika ada apa2 hal, berhubung terus dengan pihak yang berkaitan...
cam kes aku tadi, pukul 9 aku pi mahkamah, pukul 11.45 baru jumpa majistret..hari ni ramai bebeno orang..hmmm nak wat gena...kesimpulannya: 3 3 orang aku bagi dok luaq..hampa tak mai pejabat aku, aku report langgar syarat..masuk penjara..padan muka..hahahahha


INGAT!!! DADAH BUKAN BENDA YANG BOLEH DICUBA...ANDA CUBA, ANDA SENGSARA...

Monday, 23 July 2012

Jangan Main Mercun Bro...


seperti biasa, di bulan puasa, akan kita baca kes hilang tangan, jari, muka luka sebab main mercun..setakat hari ni, belum ada lagi la keluar surat khabar ker kecederaan disebabkan main mercun..harap2nya, samapi habis bulan posa ni tak daklah cita cam ni kuar...aku dulu masa kecik2 ada la join abang aku main mercun, tapi takat mercun yang kecik jer..kalu yang bunyi kuat2 tu, tak berani aku..aku takut dengan bunyi mercun sebenarnya..nak plak ada geng main meriam buluh..cisss nyampah tahap gaban aku..bising betul..abang aku pernah le buat meriam, tapi bukan buluh, meriam tanah..giler ko, bunyi kuat, pastu ada polis datang..sapa repot ntah..dengan sepantas kilat la, dia dan kawannya lari menyelamatkan diri..keh keh keh..padan muka...

mercun cam nih banyak laki aku ada, tapi dah kasi kat orang..dah tak dak dah..lega aku...

ni rupanya meriam buluh..kedua2 gamabr ni aku amik dari carian google..kepada tuan punya gambar, maaf ye..


tapi, itula, walaupun ada peraturan dan denda dikenakan kepada sesiapa yang didapati menjual, memiliki mercun, tapi ada gak yang degil, jual jugak benda alah tu..kat pasar malam bersepah ada, kat bazar Ramadhan..tapi takat aku dok pi bazar Ramadhan ni, belum jumpa lagi la.yang aku cakap ni tahun lepas punya..ingat tak cita yang anak seorang penyeludup mati atas pokok disebabkan letupan dari mercun yang ayah dia sembunyikan dalam rumah..kesiankan???kuatnya letupan sampai terpelanting budak tu...tapi, ada perubahan jugak la sikit berbanding dengan dulu, masa aku kecik2 dulu, crita bab kena mercun ni, boleh kata tiap2 hari ada..sebelum undang2 bab mercun diperkenalkan..sat budak tu putus jari, sat budak tu buta mata, sat cedera sana, sat cedera sini..yang dah buta mata tu plak kata, saya dah insaf tak nak main lagi..elok ler sebiji mata dah buta..tu la orang tua2 kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna..sapa yang rugi..hmmmm  sendiri mau ingat la..

so?? haarap2 tahun ni, tiada lagi kes kecederaan disebabkan mercun akan kedengaran..bior le tokey mercun tu main sorang2...biar kilang mercun tutup.duit nak beli mercun tu baik le beli popiah basah, lagi sedap..



Jom Soping Di Bazar Ramadhan

klik sini jom....baju raya 

hari ni berapa hari dah puasa???haaa dah 4 hari dahkan???berapa dah habis beli untuk berbuka???alahai..nak buat camna la, dalam bulan posa nih, kuih yang jarang jumpa, lauk yang kita nak rasa, semua ada kat bazar Ramadhan..apa yang perlu??pitis je la..siap la duit banyak-banyak..aku? setiap hari akan ke Bazar Ramadhan di Kulim yang tepi tasik tu..yang aku tak pernah mis dari dulu, popia basah Maksu Yah..sedappppp..aku pernah beli kat tempat lain, tak bleh celen popia nih...yang goreng pun ada gak dia jual, tapi yang basah ni lagi dapat sambutan..kalu lambat, jenuh le menunggu..kelmarin aku dah kena..lama tunggu, tension aku..tapi dah nak makan punya pasal, beli gak la..


lagi satu air buahkan??macam2 apa..fav laki aku dan aku jugak le, air buah amra campur asam ko..kalu bahasa bakunya, buah kedondong campur dengan asam boi..marvellous..sedap..sejukkkk jer....belum dikira aroma ayam percik, nasi kandar penang, bihun sup..haihhh dah namanya bazar Ramadhan dan posa pun setahun sekali...macam2 ada..cam iklan astro la jugakkk..

anw..selamat berpuasa semua...

Sunday, 22 July 2012

Penatnya Minda Ku

adoiiii rasa penat betul le nak ngatur jadual bertugas untuk mingguan punya nih..penat betul..rasa cam dah ok, bila check alamak, ada yang kena sampai berkali2 compared dengan yang lain..kena ekjas..kang tak adil plak..nanti depa mesti komplain..napa saya kena banyak kali, yang lain tak banyak macam saya???ha, apa ko nak jawab??kena plak yang satu minggu nama 2 kali naik, sian plak, nak ekjas bagi satu minggu satu kali dah ler..ish pening nih..camni la gamaknya, orang yang kena atur jadual peksa, jadual jaga lalulintas ke, jadual nak pilihanraya ke kan???aku nih, baru jadual dalam pejabat dah rasa penatnyer..hehehe sabar sabar...

Nyum Nyum Pizza Hut


time rehat hari tu, aku tak tahu nak makan apa..pikir punya pikir, pi je lah Pizza Hut..kebetulan plak restoran tu dekat dengan kedai Avon..mak ain pesan suruh beli lipstik..molek la tuh..alang2 dah pergi sana, lunch pun kat Pizza la..masa aku kerja bank dulu, slalu aku makan pizza nih..kan ada set untuk lunch..murah le skit dari yang biasa..masa tu rega baru rm 7.90..ada spageti, mushroom sup, air dan garlic bread..ikut ler, kalu nak pizza pun ada..rega sama..sekarang dah lain..lunch set ada 3 jenis..yang paling murah pun rm 8.90, rm 12.90 dan rm 18.90..tak macam dulu dah...masa aku kerja bank pun dah 5 tahun berlalu..patut le rega berubah kan???

untuk tengah hari hari tu, ni le menu nyer..ais lemon tea + mushroom sup


ni mainnyer..spageti bolognaise..tapi beza dari dulu, kuantitinya banyak sikit..dulu pinggan kecik jer...air pun gelas pendek, sekarang dah tinggi..ok la, ikut rega yang dah berubah...sehari sebelum tu pun aku makan piza gak, tapi dengan bos aku..segan le nak amik gambar..kang dia ingat pebenda la minah ni, makan piza pun amik gambar..ni aku g sorang2, ok ler..aku dah biasa makan sorang2 time rehat..ada setengah orang malu nak makan sorang2..aku belasah jer..apa nak heran, bukan aku kacau orang..biasa makan sorang2 lebih cepat habis..contohnya, aku makan set ni dalam masa 15 minit dah selesai..sempat g masuk opis before 2 ptg..lega..kang masuk lambat kena marah dengan bos plak...

p/s: ni cita dua hari sebelum posa..

Jom Makan Mi Udang Sg Dua


sebelum tu, klik sini untuk nak tengok baju raya

hakikat sebenarnya, kejadian ini berlaku 2 3 hari sebelum puasa.lepas balik dari kerja, aku ingat nak rilek2 jer kat umah, tapi satu panggilan telefon telah mengubah segalanya..chewahhh cam gempak ja ayat..abang ipar aku yang dok kat Bertam tu ajak kami pi makan mi udang Sg Dua..besa2 kalu sebut mi udang Sg Dua nih, orang tau la kat mana, sedap ke tak, berapa rega, bleh agak la..last skali aku pi masa arwah pak mentua aku ada..tu pun lepas posa sebab masa posa dia dok teringat nak makan mi nih..tapi dipujuk oleh mak mertua ku, lepas raya kami pun pi le makan...masa tu, aku tak beranak lagi kat yang sulung..lama dah la critanya..masa aku pi dulu, tak sedap sangat masakan dia..aku pun dok pikiaq, kali ni pun sama la..mesti tak sedap, harap rega ja mahai..kami makan masa last hari tu kena rm 200 gak..mi udang dan mi goreng..tapi  takpa, dah orang nak belanja, tunggu apa lagi. orang tua2 kata, rezki jangan ditolak, musuh jangan dicari..jauh sikit pun kena pi la, dah orang nak belanja..lepas Maghrib, stat keta, kami pun pi la..dari Kulim Go To Sg Dua..for the Mi Udang...

yang nampak dalam gambar nih, (yang depan  3 4 orang tu), pak lang mohsin a.k.a abah din, mak ain, kagen (nama anak aku pannge, nama panggilan betul along, mai mana kagen pun tak tau) dan avi. nama betul avi, Afizi, ntah anak aku pangge avi..yang dok pegang anak aku tu la, mak ain, pengasuh dia..kalu ada mak ain dia, memang anak aku akan pi kat depa la, makan minum dengan depa.aku dok saja..dah anak aku nak dok dengan depa..tak kisah la kat rumah ka, kedai makan ka, ada depa, aku rilek skit..rilek banyak sebenarnya..heheheh

haaa, ni mak ain...tengok tu, anak aku suka, gelak dok kat mak ain dia..yang remaja pompuan sebelah tu, anak pompuan tunggal mak ain..nama Ilia Maisarah..cam nama aku sikit2..depa ni keturunan Mamak Penang..tu yang mak ain dia cam comey sikit..tapi comey gak aku..kehkehkeh...ada ke anak aku kata kakak ilya gumuk..jahat gak mulut anak aku nih..marah kakak orang kata dia gumuk..tapi, kalu aku g jalan2, aku bawa Ilya, dia boleh tolong main dengan anak aku..

ooo ni geng sepupu sepapat dia la..yang nampak debab sikit tu Ariff..anak orang yang belanja makan malam tuh..tengok, anak mak ainn suma hidung mancung..mamak geng...sebab tu laki aku senang ja nak pangge, apaapa hal dia akan kata mamak..that's mean refer to this family le..tu, mamak mai, mat siam mai..mat siam sebab abang dia kawin dengan orang perlis...cina kuala rujuk pada keluarga si debab la, sebab mana mai ntah, mata sepet..kalu orang kaya, abang dia yang dok sg petani tuh..macam2 gelaran dia bagi..kat dia??ntah, tak tau...

tu diaaaa, mai dah semangkuk mi udang..aku amik gambar semangkuk jer..ada lagi 2 mangkuk..yang goreng ada lagi 3 pinggan besar..yang makan, 4 famili..campur kecik besar, ada la 16 orang yang nak tolong perabih..tapi at the end, tak habis gak yang bergoreng sebab dah kenyang giler...udang dia, kemain besor..tapi hakikatnya, yang mahai udang tu jer, mi rega cam besa.sebab ni udang fresh, that's why le nama kedai tu Mi Udang Sri Penambang (kalu tak silap)ke  Mi Udang Sri Tambang..ntah le lupa..tapi kalu nak mai sini cakap Mi Udang Sg Dua, sini le tempatnyer..tak tahu le kota ada tang lain...

makan time..yang tengah cedok mi tu le mak mertua i..dah 2 tahun lebih i dok dengan dia..nak buat camno, takde sapa yang nak dok dengan dia..ada, bukan tak ada, tapi yang lain tu ada komitmen lain..dah ada rumah, tempat kerja jauh, kerja ada oncall..maklumle 2 menantu doktor belaka..aku je jaga doktor sendiri, doktor tak keluar universiti..paham tak maksud aku nih??aku jaga penagih dadah ler..yang 2 lagi menantunya tak kerja tapi anak ramai yang sekolah payah ler..dia pun bukan suka sangat bising2..maklumler dah tua, jadinya, anak dia yang bongsu a.k.a laki aku le dok sekali..walaupun kami dah beli rumah..berkorban apa saja, harta atau pun nyawa...chewahhh

alaa...budak2 bukan makan banyak..dah makan sepinggan, nak main ler..anak aku langsung tak makan, sebab seronok kawan ramai...sikit pun tak makan...tu sepupu sepapat dia la tuh..main apa ntah..baca one two three kot...tak risau punya bila ramai orang, dia boleh main2, gelak2, balik kang, dah letih, terus tidur...kami balik pun dalam pukoi 10 lebih dah...thank kepada yang tukang belanja..FYI, abang ipar ni memang le slalu belanja, biasa kat area Kulim jer..kali nih jauh skit..dah nak puasa..kira cam kenduri adik bradik la...

opss lupa nak bagitau, mi udang kali ni memang sedap..aku makan banyak..takpa, makan untuk 2 orang..kehkehkeh

p/s: maybe sebelum due ni nak pi makan lagi la..dah besalin, lambat la plak nak bleh makan mi kan???

Saturday, 21 July 2012

Selamat Berpuasa Semua...

alhamdulillah, usia kita dipanjangkan olah Allah SWT untuk kita dapat bertemu dengan bulan Ramdhan yang mulia..kalau yang rajin bulan Rejab dab Syaaban depa dah stat posa. 2 bulan awal itu, banyak kelebihan dan syafaatnya pada sesiapa yang mengamalkannya..tapi takpa, yang 2 bulan awal tu sunat ja, yang bulan Ramadhan ni, WAJIB..ha, bukan takat sapa tak posa kena naik keta jenazah, kena denda, tapi ingat balasan Tuhan di akhirat sana..di dunia, kita bleh lari, di akhirat, mana ko nak lari..ce cita ce cita..Pahala berpuasa dan menunaikan sembahyang sunat tarawih amatlahhhhh besar..dalam satu malam di bulan puasa juga, akan satu malam Lailatul Qadar..malam yang memang ditunggu dan dinanti2kan..tapi bukan senang nak dapat..sapa yang dapat, alahai, bahagia hidup...

ha, ni kelebihan sapa yang buat sembahyang Terawih...aku amik info ni dari  shiblivision.com...
banyakkan kelebihannya???? tunggu apa lagi..rebut ler tumpang ada masa...


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

masa kita kecik2 dulu, baru2 belajar posa, bleh le posa sekerat hari/separuh hari..ada plak yang buat lawak, kalu kita buka posa, pastu kita baca Alham(surah Fatihah) kiranya kita sambung balik posa..ni ajaran sesat mana ntah..tapi tu ciat time kecik2, tak baligh lagi..sekarang kalu nak wat cam tu nampak benor bengong nyer..tak sekolah ker??? adat la, kita, time bulan posa nih, bukan bleh simpan duit sangat, sebab ye la time berbuka nanti, banyak benor tinginnyer..maklum ler bazar Ramadhan banyk..hari ni pergi taman ni, esok, taman lain plak, lusa, beli kat lain plak..hari biasa belanja makan sehari rm 6.00, time posa, boleh jangkau rm 15.00 sehari..apa2 pun, jangan diikutkan nafsu makan tu, posa kan untuk belajar mengawal nafsu..bukan nafsu makan jer, banyak nafsu lagi yang kita kena jaga..jadi, Jadikanlah Puasa Kita Tahun Ini Yang Terbaik Dari Tahun Sebelumnya..selamat berpuasa, selamat sembahyang terawih

Thursday, 19 July 2012

Jem Jem Jem Yang Teruk...

sapa kata kalu pindah dok dekat dengan rumah boleh keluar rumah lambat..nipu ah..aku dah pindah dok dekat Kulim, pejabat dengan opis ada le dalam 5 minit jer drive..tapi disebabkan aku kena hantar anak aku pi Taman Tiram, umah mak ain dia, aku kena kuar rumah pukul 6.50 pagi..kalu aku kuar lambat dari tu, alamatnya, punch card aku merah ler..aku dah kena dah masa hari kedua aku kat pejabat baru nih..malu oiiii..rumah dekat tapi punch card merah...jem betul le Jalan Keladi tu..betul betul punya jem..sampaikan kereta akan berbaris sampai ke Giant kat Kulim Landmark Central tuh..4 kali lampu merah pun keta aku tak berjalan lagi..tak ke haru..aku pun tak tau nak short cut kat mana dah..semua jalan akan hadapi masalah yang sama..jemmm memanjang...hmmm nak buat gena???kena la kuar awai jugak...

Wednesday, 18 July 2012

Perasmian Rumah Komuniti Kulim

alhamdulillah, pada 15.7.2012, Rumah Komuniti Kulim telah berjaya dirasmikan oleh Tn Hj Hadzir Abdullah yang merupakan setiausaha politik kepada Dato Azeez Sheikh Fadzir..aku rasa itu le jawatannyer..kalu salah sori lah yer...Dah lama rumah ni wujud, tapi baru le sekarang boleh buat perasmian..banyak aktiviti yang dijalankan di sini.ada senamtari setiap hari selasa dan rabu, ada bacaan yasin setiap bulan..diaktif dan digerakkan oleh komuniti jugak..ha..macam tu baru ler dinamakan Rumah Komuniti..Komuniti yang jalankan acara.


yang 3 orang kat depan tu, yang baju putih tu le perasminya..yang pompuan tu, bos aku, yang sebelah perasmi tu, pengerusi JKPD..aktif belaka dema ni walaupun dah tua..perasmi rumah tu adalah BOS aku dulu, masa aku kerja kat pejabat tanah Kulim..aku dalam unit hasil, yang dok kutip cukai tanah tu, dia le bos nyer, pastu dia pi jabatan penerangan, kalu tak silap, masa tu dia dah aktif politik dah..sekarang lagi le aktif..kalu sapa yang rajin baca sinar harian versi utara, selalu ada gambar dia bagi bantuan atas nama UMNO ler..dah dai wakil parti tu..anak orang sebelah rumah mak mertua aku kata  kenal dia, aku pun kenal gak..kerja sekali lagi..berapa tahun bekerja bersama..aku tak pangge pun tn hj kat dia kalu jumpa sebelum nih..aku pangge Chik Det ja. dah biasa camtu...


ramai peserta yang datang malam tu..ya ampun ramai sungguh...permulaan majlis..kena la baca doa.supaya Allah rahmati program yang baik ini..ada jemputan dan juga kes pengawasan..campur2 la sebab depa pun komuniti jugak kan???


haaa tengok tu???ramaikan..tak tipu punyer...ada yang berdiri lagi kat belakang tuh..tapi semua menunggu dengan sabar sebab, nak dapat hadiah cabutan bertuah dan makan..ada ayam panggang malam tu..nasi goreng, mi goreng, buah2an tempatan..semua sponsor bro...


tu dia, kipas bro kipas, kang tak masak plak ayam tu..aku tak pasti plak berapa ekor ayam yang jadi mangsa malam tu..tapai memang banyak la...berpeluh depa ni dok panggang ayam tu..tapikan, aku puji, ayam depa panggang memang seeeeedapppp...apa ramuan depa guna untuk perap??tak dan nak tanya tukang perap tu...


haaaa..ni kat meja makan..dalam rumah komuniti..ala simple je makanan yang disediakan..tapi sedapkan???


yang ni pengerusi mawadah(persatuan masyarakat wanita antidadah)..ni le orang kuat yang menggerakkan persatuan ini.salah satu persatuan di bawah jabatan aku..tu yang dipegang tu, tong kutipan duit..sapa2 nak tambah saham akhirat, hulur le seketoi dua..sikit tak per janji ikhlas...


actually, sebelum masuk dalam rumah tu, kena le potong riben sebagai tanda perasmian...jeng jeng jeng...Chik Det tengah potong riben..ala kita bajet takde, bleh potong riben pun jadi le..nak lepas2 belon, malam dah..nak buat yang keluar cahaya tu, bajet tak der..riben je la yang ada..hentam saja la labu...


masa tetamu sedang makan dan orang yang hadir pun makan, kita selang selikan dengan cabutan bertuah..kalu tak silap den la, bajet hadiah saja RM 3k..opsss mana dapat duit..kita ada penaja tau, tesco, giant, lion club..depa ni bermurah hati taja program yang dijalankan..terima kasih kepada syarikat2 korporat yang besar2 nih dan juga pada NGO yang banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program ini..tapi gambar wakil depa tak dak lah plak dalam nih..tak amik, lupa kot..big boss program ni kalu nak tau, yang tengah pegang mike tu..en Shidi..otai ni dalam program pemulihan..sapa tak kenal dia dalam jabatan aku habaq mai sat...femes nih..rajin dan banyakkkk program yang dia buat...grand gak la compared to others district in Kedah..bukan mengampu tapi realiti bro...


makan, makan..bukan kena bayar, free jer..makan samapai kenyang..tu kan adat kita menjamu tetamu..sapa malu, perut lapar..


yang ni gambar orang yang majlis kat bawah bumbung rumah komuniti..kat khemah dah penuh, depa ni kena duduk sini le...tapai takper, dekat dengan makanan..senang nak amik nanti kan???

Tuesday, 17 July 2012

First Time Makan Domino Pizza


Jumaat minggu lepas, aku dengan hubby pergi le Seberang Jaya. Matlamatnya nak pergi Maxis Centre sebab nak g tanya napa mms kat laki aku tak bleh buka..masalah hset ke masalah line..pergi carefour depa suruh p maxis center..kami pun pergi le..leceh le beli hset mahai mms tak de dak..sampai kat maxis, cerita punya cerita, depa suggestkan pakai data bank..yang internet 24 jam tu..caj rm 20 kot sebulan..20 atau 18 rm sebulan.kapasiti sampai 100 mb..ok lah, laki aku sign up le benda yang dia promote tu..lepas siap je, kami nak pergi makan..saja je aku ajak laki aku try domino pizza..sebab aku memang dah lama nak try..memba kata sedap compared to pizza hut...aku pun masuk g order..masa kat kaunter tu, depa amik nama, no telefon aku..ishhh ni nak tanya servis depa elok ke tak kot..aku bagi je la..aku tak pernah makan domino ni..aku order yang set untuk 2 orang je la..rega aku tgk rm 27.00 plus berapa sen ntah..dok le aku kat meja tu..ada la dalam 10 minit jer..pastu depa pangge nama aku..la, kena amik sendiri rupanya..depa tak hantar ke meja...takpe, aku g amik..talam pun tak bagi..aku dapat 2 kotak makanan cam dalam gambar tu, 2 tin air minuman, dua pinggan polisterin dan 2 cawan polisterin..angkat la aku pergi meja yang laki aku tunggu tu..ish ish..cam ni ke servis depa..

ni le pizzanya...nipis sikit..depa tak ada sos kot sebab depa bagi serbuk cabai jer..
ni garlic bread..cicah le dengan sos tu..aku rasa cam lada hitam punya sos..

compared to Pizza Hut..

depa mai hantar kat mejaada mushroom supair minuman dalam gelasada salad
aku rasa choices pun banyak in term of piza, side dishes dsd


tapi, aku tak tahu la kat tempat lain camna..kan aku kata, aku tak pernah try makan domino piza..ni ler yang first, tapi mungkin boleh pi lagi skali..kalau berkesempatan dan rajin ler..for my hubby, dia pilih pizza hut..but why my friend said she like domino??? i wonder???

Monday, 16 July 2012

Hari Konvo Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah


ni le bangunan pentadbiran PTSB

hari ni, aku gerenti merupakan hari yang paling gembira bagi student2 poli yang grad..ye la dah bertahun2 belajar, dapat diploma, dapat sijil..naik atas pentas, salam dengan Tnku Puteri Intan Shafinaz (untuk hari pertama ja), hari lain dengan VVIP gak la..chewah, masa berjalan naik atas pentas tu mesti kontrol hensem dengan ayu ler..ala potographer berapa ramai dok tunggu.snap sana, snap sini..nanti depa nak bagi gambar boh dalam frame besar..ha, gantung ko gambar ko kat ruang tamu..bila orang datang je, mesti depa tanya, grad mana? amik kourse apa?belajar kat man?sekarang kerja apa?ala , mesti mak pak, adi bradik dan semestinya korang sendiri akan bangga giler..nak plak yang dapat Anugerah Pengarah, dapat bergambar dengan Tunku Puteri tau..ingat senang nak dapat...payah ooooo......
aku pergi tadi atas jemputan jabatan..wakil bos aku jer..pukul 8 pagi lagi aku dah sampai, makan pagi dulu, sembang pot pet pot pet dengan staf situ..actually, aku tak kenai pun dengan sapa aku sembang,,bantai je la..rupany2, orang yang aku dok sembang rancak tu, ketua jabatan dengan timbalan pengarah poli nih..ooo orang besar poli nih..sebabnyer masa konvo, depa ni dok di atas pentas...
sebelah kanan aku, orang besar kilang silterra..aku tak sembang pun dengan dia sebab, segan le, aku sorang jer pompuan kat line tempat duduk jemputan tu..malu aih...sebelah kiri aku, orang poli sendiri..ok lah, ramah gak la sembang..punya la lama nak tunggu habis semua dapat diploma..sampai tersengguk aku..malu betul..tapi apa nak buat, aku tak leh kontrol..ada persembahan anklung, tapi semua tak dibenarkan amik gambar..tak bleh le aku nak boh dalam blog aku nih..hiasan pentas, aku rasa tak berapa cun la.mungkin sebab dah 3 hari, bunga pun dah tak nampak segar..layu jer...tapi, rasa aku, masa hari pertama mesti  la best sebab Tunku Puteri ada...

banner yang dipasang sepanjang jalan dekat poli dan dalam poli

depa bagi goodies beg sorang satu..dalam tu ada le mug PTSB, air mineral dengan buku aturcara..dalam ucapan pengarah poli ni, memang agak impressive sebab banyak anugerah yang student dan pensyarah dapat..tempat pertama golf antara pelajar poli..agaknya yang menang tu, dah biasa hayun kayu golf kot..takkan orang kg cam aku yang tahu baling nyok ni pandai main golf plak...tak tahu le aku...depa ni ada menang pertandingan bahagian kejuruteraan awam, pembentangan keryas kerja di peringkat antarabangsa, dapat anugerah apa ntah mengatasi 100 orang calon..banyak lagi le anugerah yang poli ni dapat, walaupun baru umuq 7 tahun..syabas syabas..semoga pensyarah, pelajar akan terus berjaya...
lepas konvo..suka le, dapat bunga, mak pak gembira..

baju baru Mohsin


hahahaha ni baru baru mohsin..aku beli 3 pasang sebab ada offer..tapi yang aku risau, ada ka anak aku nak pakai sebab dia sekarang nih suka pilih baju sendiri.nak yang ada gambar kapal terbang, bola..kalu gambar bear tu, hmmm jangan harap le dia nak pakai..aku paling rimas kalu nak bagi dia pakai baju le..amik tak kena, amik tak kena..baju yang aku beli ni ada gambar bola, racer, gitar..kot2 la dia minat nak pakai..udahnya, dia ulang pakai baju yang sama ja la..dah yang lain tak nak pakai.. pandai plak tu, kabor ke mak ain dia, nanti mama beli baju banyak2..beli pun tak nak pakai watper..ala 2 3 pasang baju tidur yang dia tak nak pakai dah..sebabnya ada gambar penguin, bear..aku rasa comey baju tu, tapi anak aku tak suka..bagi kat orang kang haaa...baru tau..pakai baru je 2 3 kali..
tapi, kemarin, aku riki2 kat internet, ada jumpa baju kanak2 yang cantik..nanti nak try beli online plak..sekarangkan zaman orang mem beli secara dalam talian..so far, aku tak dak la masalah..beli pun yang murah2 jer..kalu riban2 tak brani gak aku..takut tertipu..ala, korangkan baca paper, bayar untuk ipad, dapatnyer lesung batu..tak ke haru...jadi, kita kena berhati2...kalu yang mahai2 tu, baik neli kat kedai jer..kalu tak puas hati senang nak serangkan???heheheh

Tuesday, 10 July 2012

Kasut Baru Aku


hehehehe kasut ni aku beli masa lepas makan kenduri akikah sepupu laki aku..kebetulan dekat tempat tu ada jualan murah the store..less sampai 70%..niat sebenarnya, nak g jumpa kawan lama laki aku, tapi dah pergi tempat tu, takkan tengok jer..kebetulan sandal aku pun dah sezen..dah tercabut satu talinya..memang niatnya nak beli baru tapi nak g cari kat pacific prai jer..alang-alang dah jumpa, rega pun bleh tahan, rembat je la..actually, sale tu kasut tak banyak..sikit je choices yang ada..amik je la..sajer la aku nak kan kelainan, biasa beli kaler hitam jer..ha...amik kau, aku amik kaler merah lak kali nih...tapi dah pesen aku, kasut aku kalu tak rosak, aku takkan tukar yang baru..sebab tu kasut aku ada sepasang jer..aku latu je kasut yang sama pergi mana pun..pergi market pun kasut ni, pasar malam kasut ni, kedai runcit kasut nih..apa2 je la..pergi mahkamah je aku tukar pakai kasut hitam..kena standard la..pergi mahkamah, hitam putih kan..pakai kasut lain kena marah plak..baju pun hitam putih jer..kalu tak, cover dengan kot..aku pernah kena sound dengan jurubahasa sebab pakai baju kaler warna warni..heheheh majistret dia ok, dia yang marah aku..tapi takpe, teguran yang positif...

Tuesday, 3 July 2012

Blow Off Tekukur


sebelum kengkawan baca cita ni, apa kata, pi cuci mata kat baju cantikkkk ni dulu..



korang pernah tengok benda alah nih?? ni le blow off..laki aku punya la berangan nak beli nih..second hand pun jadi ler nak boh kat keta turbo dia tu..order dari kl..beli kat mudah jer..ala kat kan situ macam2 ada..ko taip je, nak rumah ke, keta ker, baju ker, pendek kata suma ada dijual..aku beli rumah pun tengok kat mudah jer..ye la nak cari ejen, nanti depa caj lagi, tengok je kat internet..kan sekarang zaman IT..
kata laki aku, blow off nih, bunyinya cam tekukur..ntah ler..baru 2 hari pasang kat keta, aku tak perasan pun..ala, aku bukan minat bab keta nih..bagi aku keta standard dah ok..watpa le gi ubah sana ubah sini..tapi, dah minat orangkan, mana la nak sama..lantak le, jangan habiskan duit dah...bagi aku, ni kira membazir, tapi bagi dia, minat..habis camno??jangan kerana minat, poket berlubang dah le..kang susu anak tak terbeli..
kalu yang minat bunyi blow off nih, bleh masuk youtube..ada blowoff bunyi cam itik, bunyi cam jepun bercakap pun ada..laki kau suka masuk situ dengar bunyi..aku??tak yah le, baik aku ngadap blog aku ni, lagi bagus...modal besar kalu bab ubahsuai keta nih..moonroof, sunroof le..kawan aku, keta dia yang diubahsuai buat turbo beru je terbakar bulan lepas..sian, rugi banyak..keta dia memang ubah habis ler..terbakar sebiji..rentung..tak sempat diselamatkan..bukan keta jer, ipad, laptop, handset macam2 ler..depa tu baru balik vacation katanya..kat highway jadi benda tu..tapi yang penting depa semua selamat..keta boleh ganti, nyawa takdak ganti kan??
to the peminat2 keta, berpada-pada berbelanja..jangan jadikan poket anda kosong kerana kereta..