Wednesday 18 July 2012

Perasmian Rumah Komuniti Kulim

alhamdulillah, pada 15.7.2012, Rumah Komuniti Kulim telah berjaya dirasmikan oleh Tn Hj Hadzir Abdullah yang merupakan setiausaha politik kepada Dato Azeez Sheikh Fadzir..aku rasa itu le jawatannyer..kalu salah sori lah yer...Dah lama rumah ni wujud, tapi baru le sekarang boleh buat perasmian..banyak aktiviti yang dijalankan di sini.ada senamtari setiap hari selasa dan rabu, ada bacaan yasin setiap bulan..diaktif dan digerakkan oleh komuniti jugak..ha..macam tu baru ler dinamakan Rumah Komuniti..Komuniti yang jalankan acara.


yang 3 orang kat depan tu, yang baju putih tu le perasminya..yang pompuan tu, bos aku, yang sebelah perasmi tu, pengerusi JKPD..aktif belaka dema ni walaupun dah tua..perasmi rumah tu adalah BOS aku dulu, masa aku kerja kat pejabat tanah Kulim..aku dalam unit hasil, yang dok kutip cukai tanah tu, dia le bos nyer, pastu dia pi jabatan penerangan, kalu tak silap, masa tu dia dah aktif politik dah..sekarang lagi le aktif..kalu sapa yang rajin baca sinar harian versi utara, selalu ada gambar dia bagi bantuan atas nama UMNO ler..dah dai wakil parti tu..anak orang sebelah rumah mak mertua aku kata  kenal dia, aku pun kenal gak..kerja sekali lagi..berapa tahun bekerja bersama..aku tak pangge pun tn hj kat dia kalu jumpa sebelum nih..aku pangge Chik Det ja. dah biasa camtu...


ramai peserta yang datang malam tu..ya ampun ramai sungguh...permulaan majlis..kena la baca doa.supaya Allah rahmati program yang baik ini..ada jemputan dan juga kes pengawasan..campur2 la sebab depa pun komuniti jugak kan???


haaa tengok tu???ramaikan..tak tipu punyer...ada yang berdiri lagi kat belakang tuh..tapi semua menunggu dengan sabar sebab, nak dapat hadiah cabutan bertuah dan makan..ada ayam panggang malam tu..nasi goreng, mi goreng, buah2an tempatan..semua sponsor bro...


tu dia, kipas bro kipas, kang tak masak plak ayam tu..aku tak pasti plak berapa ekor ayam yang jadi mangsa malam tu..tapai memang banyak la...berpeluh depa ni dok panggang ayam tu..tapikan, aku puji, ayam depa panggang memang seeeeedapppp...apa ramuan depa guna untuk perap??tak dan nak tanya tukang perap tu...


haaaa..ni kat meja makan..dalam rumah komuniti..ala simple je makanan yang disediakan..tapi sedapkan???


yang ni pengerusi mawadah(persatuan masyarakat wanita antidadah)..ni le orang kuat yang menggerakkan persatuan ini.salah satu persatuan di bawah jabatan aku..tu yang dipegang tu, tong kutipan duit..sapa2 nak tambah saham akhirat, hulur le seketoi dua..sikit tak per janji ikhlas...


actually, sebelum masuk dalam rumah tu, kena le potong riben sebagai tanda perasmian...jeng jeng jeng...Chik Det tengah potong riben..ala kita bajet takde, bleh potong riben pun jadi le..nak lepas2 belon, malam dah..nak buat yang keluar cahaya tu, bajet tak der..riben je la yang ada..hentam saja la labu...


masa tetamu sedang makan dan orang yang hadir pun makan, kita selang selikan dengan cabutan bertuah..kalu tak silap den la, bajet hadiah saja RM 3k..opsss mana dapat duit..kita ada penaja tau, tesco, giant, lion club..depa ni bermurah hati taja program yang dijalankan..terima kasih kepada syarikat2 korporat yang besar2 nih dan juga pada NGO yang banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program ini..tapi gambar wakil depa tak dak lah plak dalam nih..tak amik, lupa kot..big boss program ni kalu nak tau, yang tengah pegang mike tu..en Shidi..otai ni dalam program pemulihan..sapa tak kenal dia dalam jabatan aku habaq mai sat...femes nih..rajin dan banyakkkk program yang dia buat...grand gak la compared to others district in Kedah..bukan mengampu tapi realiti bro...


makan, makan..bukan kena bayar, free jer..makan samapai kenyang..tu kan adat kita menjamu tetamu..sapa malu, perut lapar..


yang ni gambar orang yang majlis kat bawah bumbung rumah komuniti..kat khemah dah penuh, depa ni kena duduk sini le...tapai takper, dekat dengan makanan..senang nak amik nanti kan???

2 comments:

are_lin@yu said...

dear,segmen ayu sampai 12 august 2012,jomlah join..hehe

amranaiman said...

wah ade mkn2 free :D