Tuesday, 29 December 2015

Kerja Hari Krismas

hmmm kerja kuli macam ni la kan? kena kerja la ikut arahan. orang kata pi pameran hari cuti, pi, hari cuti umum pun pi. nak buat gena..dah namanya kerja. aku kena kerja hari krismas hari tu, ikutkan, malaih dah nak kerja time cuti umum ni. tambah plak bila hujung tahun ni. dah berehat dah la dari pi pameran. tapi apakan daya, dah penganjur hantaq surat sampai ke HQ, amboiiii macam la sebelum ni kami tak pernah pi program depa. tiap2 tahun kami pi. tahun ni la cadang nak excuse, di hantaqnya surat sampai ke HQ. mintak jugak2 kami pi pameran. adoiiii berat hatinya kami pi jugak la. ada 3 jabatan ja pun yang pi. 1 jabatan tu pi punya la lewat. tapi aku perasan, jabatan ni selalu mai lewat pameran di mana2 pun. kira nasib baik la jugak kami ni, sebab pameran habis dalam pukoi 12 tengah hari. lega la jugak. buatnya sampai ke petang, pakat reyau(nangis) la kami kat situ. badan di tempat pameran, hati kat rumah..hahahaha

Zoo Taiping

ikutkan hati malaih sungguh nak pi zoo ni. tapi mengenangkan anak-anak yang nak pi sangat, selalu sangat tanya bila nak pi, aku dengan asben pun ikutkan je la. kita yang besaq ni mungkin cemuih tahap gaban dah nak tengok gajah, tapi budak2 ni suka la. mungkin bagi kita benda tu biasa, bagi depa luar biasa. 
24hb, hari maulud nabi, kami pi ke Taiping. tahun lepas dah mai dah. ada dalam blog pun crita kami ke zoo. tahun ni pi lagi. kami sampai pun dah tengah hari. pembaharuan yang aku nampak, dulu takdak orang amik gambaq kat pintu masuk zoo tu. sekarang dah ada. amik gambar bang, amik gambar kakak. tak beli takpa. kalau tak mau beli baik tak payah amik dari mula..jimat filem hampa. laki aku tak bagi amik..aku pun cakap la tak mau. dah tengah hari rembang ni, takkan nak berjalan dalam zoo, confirm la dak. kami amik train ja jalan2 dalam zoo..opsss..lupa nak bagitau, harga tiket bagi aku melambunggggg sangat.. dula rasanya rm12 ja..kanak2 rm6.. SEKARANG...dewasa rm 17 termasuk gst of course..kanak2 rm8.50..huiyoooo mahai weh..betoi ka depa kata kalau bagitau kita ni orang Perak, dapat diskaun? betoi ka?tolong confirmkan sapa yang tau.
nak naik train tu punnnnnn, punya lama kena tunggu. maklumla orang ramai, hari cuti umum.jenuhlaaaa tunggu. yang aku heran tu, awat la train tak bertambah..aku rasa ada la 3 train kot. 2 yang ada 2 gerabak. 1 ja yang 3 gerabak. huihhhh berakaq tunggu. dengan panasnya. sabaq sabaq...
akhirnya, dapat la jugak kami naik train, pusing zoo.. tengok zirafah, tengok tapir, tengok badak sumbu.lepasih naik train, depa nak main kat playground dalam zoo tu. ok la, layan la sat..huihh aku dah berpeluh dah, naik rimas dah dok kat situ..ada la dalam 30 minit kat playground, kami balik. beli aiskrim kat kawasan parking, beli buah potong, setel. bertolak balik Kulim. nak tidoq semalam di Taiping, aku chek hotel semua penuh. ooo ada muzium 3d/5d kat Taiping. dekat dengan hotel Flemingo kalau tak silap. tapi dah anak2 naik keta ja dah tidoq, tak yah pi la. lagipun kalau nak bermalam di sana boleh la jugak pi. dah hotel semua penuh, balik ja la.
Kesimpulan dari lawatan ni :
** tiket masuk dah mahal..kami 4 beranak rm51.00
** ada 2,3 jenis binatang yang kita tak boleh tengok sebab            sangkar dalam pembinaan
** train tak banyak. patutnya kena sedia banyak la kan sebab     orang ramai.mungkin hari tertentu kena lebihkan train,           hari biasa 3 biji pun ok la.
**mana2 tempat yang ada amik gambaq, confirm caj mahal.      sebab tu orang malaih nak bergambar. murah sikit tak bleh    ka?
**souvenier? mmg mahai.. tak yah la buat kenangan..cukup      dalam ingatan dah la kot..
**sangkar yang dekat tunggu train tu rasanya baru                    bina..kosong lagi rasanya.. tapi ada jugak sangkar yang     memang dah lama kosong. contohnya yang memerang kot. yang dekat dengan kawasan singa tu. dari tahun lepas lagi dah kosong tu.

itu saja catatan aku sempena ke Zoo Taiping..mungkin lambat sikit la nak pi. sebab dah selalu pi kan..lepaih ni nak pi Zoo Negara la plak..

Sunday, 13 December 2015

Aku Lulus

kan hari tu, aku ada cita aku kena amik exam online kan? so, just nak update, kali pertama amik, aku lulus 33% ja. alamak..tak lulus..takutnyaaaaaa...sebab company bagitau, UM hari tu amik 8 kali baru pass..aisey, dia UM, aku agent suam suam kuku ja. camna..takut dah, takut dah.. aku cuba jugak la amik. aku dah set, kalau tak lulus, aku nak UM aku dok tepi. tak tau aku tanya dia..dia mesti tolong sebab kalau aku tak pass aku tak bleh jadi agent..kurang la sorang agent dia..haaaaa...mesti dia kena tolong..so, aku amik la kali kedua..aku buat di opis ja..dah habis waktu keja baru aku amik. alhamdulillah...dapat la 41%.lulus la aku..tapi tu la, aku ni baca kelam kabut, content accessed kena 60%, pass 40%.aku pi paham, 60% kena lulus..tu dia la, tak fokus, tak baca elok2..hmmm be careful..anyway, aku dah lulus...setel keja..

Kalut Sana Sini

aku memang tension gila kalau kalut kalut nih. ndak plak bila dah plan cantik punya, lastly kena buat bagi awai dari tarikh. cam hampeh..sakit jiwa raga. ni kes pengarah aku yang kalut sangat nak program siap awai..rilek la bro..kita dah set cantik punya. apa nak kalut. bukannya kita tak buat kerja. kita buat tapi bila kerja ni nak melibatkan orang kampung, komuniti, kena la paham sikit, depa ni free bila, bila orang kampung ramai. kalau dak, buat program syiok sendiri la..sapa pun takdak. takkan nak jadi camtu. negeri takpa la, buat program cam gempaq, tapi import orang sana sini. import pun takdak orang gak. apa cita. apa yang kalut sangat. sian kawan aku yang incas tu, dia dah la tengah umrah..tak senang kawan nak beribadat.takpa, buat ibadah elok2..fokus kat situ. yang ni biaq aku incas. lain kali, ada program, baru aku bagi kawan aku tu incas. aku pun malaih nak pikiaq dah ni. bagi setel semua, senang hati..tunggu tahun depa punya bajet plak..OMG...letih letih

Wednesday, 9 December 2015

Last Minute

arghhhhhh aku geramnyaaaaa...awat la suka sangat buat last minit nih..sakitnya hatiiiii..dah la last minit, nak macam2 plak tu..ni nak, tu nak, buat tu, buat ni..sakit jiwa..bukan aku ja, anak buah pun dah start bunyi. masalah yang jadi kelam kabut ni ialah :
**mesyuarat nak dibuat last minit. hari rabu bgtau, hari isnin nak meting. tolak 2 hari cuti ada 2 hari nak setel apa yang nak dibawa ke mesyuarat.
**masalah paling utama, minit mesyuarat, dato d o yang dulu belum sain. nak bagi dia sain, kena pi cari dia di alor setaq..aku di kulim, nak pi aloq setaq pun 2 jam..keja gila. masa dia ada di sini tak mau bagi sain siap2..
**minit mesyuarat pun belum chek lagi. opssssss bukan salah aku, aku dah bagi minit tu masa bulan 4 lagi k..meting bulan 3. aku buat cepat sebab aku tau, meting sekali lagi bulan 6.. D O tu bertukar bulan berapa ntah. tapi sepatutnya, sepatutnya dah setel lama dah.
**nak masukkan dokumen yang lain..adoiiiii banyaknya nak masukkan dalam fail..fail pulak fail plastik mahai tu nak beli.napa la bos aku ni banyak songeh nih...ikut ja la..
**hari ahad ada progra, hari isnin nak meting, hari kamis hantaq minit pi kat dato, hari ahad nak amik dah..kalau la reja camni..stress oiiii
sepanjang aku reja ni la kan, pi meting di peja daerah, ni la fail mesyuarat yang paling tebai aku penah jumpa.ada la dalam 5o keping kertas dok dalam tu..huihhh dasat dasat. cam meting korporat nak beli saham syarikat.
anyway..meting dah setel...lega sangat. tahun depan kita buat lagi..bossss..please be alert ok..dun kalut2 k.

Tuesday, 8 December 2015

Dah Habissss

dah nak hujung tahun kan? lagi berapa hari nak masuk tahun 2016, bulan jan, besday aku..so, kalau ada hajat nak bagin hadiah, bleh la kumpul duit siap2 dari la ni..tak yah mahal2 pun takpa..bagi tupperware pun aku ok dah..senyum gila dah tu.aku rasa amatlah legaaaa sangat sebab dah hujung tahun, program dah habis.actually, ada satu lagi program..tapi dah diberi pada orang lain incas, aku trima ja..senang ja hati aku. maklumlah, bila buat program dengan orang awam yang bergroup group ni, hmmmm paham paham ja la..group a sokong yang ni, group b sokong yang ni.camna nak bersatu. itulah bangsaku..berpecah belah saja. bersatunya tidak. tengok bangsa lain, bersatu padu..kita ka, berpecah dan pecah dan pecahhhhh lah lagi..lastly berderai..ok, lega dah pala..tunggu next year punya bajet. jangan bajet ciput, program nak gah..aku sekeh pala nanti.tahun ni, program banyak sikit tp tak berapa besaq, tp ok lah kan..dari tahun 2008 ka 2009 yang lagiiiii takdak bajet.kena tumpang-tumpang orang ja nak buat apa pun.malu aihhhhh..terim kasih pada kawan2 yang banyak membantu menjayakan setiap program yang aku rancang. terutamanya pada kawan aku, pangkat adik ni, mira yang amat senang bagi kerjasama dan idea how to make the program succeed.. kalau yang sorang lagi aku tanya atau aku crita, dia akan kata, ok lah kak tera tu,. yang sorang lagi plak, hmmm ikut kak la.tapi ketiga-tiga depa memang mudah disuruh dan pantas berkeja. terima kasih..tahun depan kita akan rancang dan plan program dengan lebih baik. yang mana silap, kak akan perbaiki tahun depan supaya kita dapat bekerja dengan lebih baik..huhhhh..legaaaaa dah habis program..yuhuuuuuu tunggu nak siapkan dokumentasi ja...

Monday, 7 December 2015

Exam Beb

yehaaaaaa........aku kat pej penerangan sekarang ni. tengah mengadap komputer, nak buat exam yang aku tertinggal kursus hari tu. ada 11 chapter, ada 75 soalan. passing mark dalam 45..amik ko..sapa suruh silap tarikh kursus, dah ko kena ganti dengan exam dan tutorial online..cam belajaq kat u plak rasanya. jenuh ni nak menunggu 11 chapter selesai..mata pun dah layu sikit walaupun masih pagi..hmmm tabah lah hati...semoga aku berjaya..nanti aku update kat sini, brp aku pas...tak pas pun aku update gak la..sebagai kenangan hari tua..hahahhaha

Monday, 23 November 2015

Minum Air Gula

aku rasa sapa yang mengandung dan mak ayah ada kencing manis, mesti akan lalui apa yang aku lalui. kena minum air gula. eyekkkk..aku paling benci time mengandung kena minum ni la. hari ni aku kena pi klinik minum. sebelum tu, kena posa start dari pukoi 10 malam sampai habis prosedur la. aku pi lewat sikit hari ni. biasa, kalau kena pi klinik, aku pi awai. hari ni sampai pukoi 8.26 minit. dah kena no 26,ok..tunggu ja. ada la dalam 20 min tunggu, depa pangge no aku. masuk dalam, depa amik darah dulu, nak tau bacaan gula sebelum minum air gula tu. pastu, ok, boleh amik mana2 gelas, minum sampai habis..alahai, part ni yang aku malaih tahap gaban nih.aku pun amik la 1 gelas. aku tengok ada yang dok berdiri bersandar dekat dinding, ada yang dok berdiri tepi meja misi. ish depa nih, kerusi pun tak bagi.kan orang tengah mengandung, mana larat berdiri lama2..aku yang baru 11 minggu pun malaih nak berdiri tambah yang 7, 8 bulan tuh..ikutkan rekod, aku tak pernah minum air gula ni sampai habis. soryyyy..memang muntah.gial, manis, pekat..rasa melekat kat lidah.pening lagi tambah kot atas. ada yang bagi petua, minum sambil tutup hidung. telah sekaligus ja..kalau sikit2 tu yang jadi nak muntah. aku memang dah satnd by bawa bekas air. aku tengok semua misi pakat sibuk, aku pun cepat2 tuang dalam bekas air..hahahahah belakon macam minum habis padahal ada la dalam 10 teguk ja aku minum.ngandung kat adik ain pun aku buat camni jugak..heehhee sukanya..
pastu, boleh balik rumah, dalam 3 jam mai balik untuk amik darah sekali lagi. nak tau bacaan gula tinggi ka dak.yang tu depa boleh trace kita ada kencing manis ka dak.. tapi bacaan gula aku kalau tak makan minum apa pagi2 dalam 4.3 ja..tu aku berani buat camtu..tapi jangan tiru k..
pukoi 11 aku mai klinik, pukoi 11.53 baru depa pangge untuk amik darah. punya la lapaq aku nih. kan tak bleh makan masa 3 jam tu. habis amik darah, aku pi makan kat kedai depan tu. rasanya cam nak amik semua lauk yang mana ada. gila lapaq oiii..nasib gastrik aku bersabar..tidak kena makan ubat lain plak.yehaaaa dah setel makan, perut kenyang, masuk la opis..banyak plak keja nak kena buat. ahad ni nak program.urgent program plak tu.. aku rasa ngandung kali ni, mulut aku rasa pedaq la..cam tak best ja..hmmm..yang lain tu, ok ja. aku tak muntah ka apa. cam tak ngandung ja, muntah, pening apa pun tara..alhamdulillah la..yang aku musykil, kenapa :
** orang yang kena minum air gula ni, tak sama..mksd aku, ada yang ngandung 3 bulan, ada yang 5 bulan, ada yang 8 bulan. bukan ka kena standard ka, 3 dan 7 bulan.
** ada jugak yang kata, sesetengah negeri ada yang kn minum 3 kali sehari..gila weiiii..sekali pun dah sawan
** takada kekdah lain ka nak trace orang ada kencing manis?swasta buat camni dak?

itu saja persoalan saya..sapa tau sila jawab...

Saturday, 21 November 2015

Puncak Mutiara Kristal - Aku Tak Pi Dah

hari rabu baru ni, lebih tepat lagi pada 18.11.2015, aku dengan asben, anak2 pi la nak makan kat PMC nih. lama dah asben aku kata tak makan kambing. alo lo..nak makan kambing plak..ok..jom pi..mama belanja. sian laki aku nak makan kambing. mana nak cari kat kulim nih? aku tau kat situ ja la. kami pun sampai kat PMC tengah hari..amik port no 19, hmmm lambat jugak depa nak mai tanya nak makan apa? nampak mcm kurang sikit pekerja.dulu dulu mai ramai ja.tapi orang asing la..nepal kot.. aku pun gawang la tangan, haaa nampak pun..aku rasa sebab aku masuk kot tepi, tak lalu kot depan, jadi depa tak tau kami masuk dok kat situ sebab tu depa tak mai amik order..rasanya la..bersangka baikkkkk.. aku order set, ada nasi putih, ayam goreng kampung, dalam gambar ada 2 ketul ayam, dalca kambing dengan air asam..asben aku nasi putih, paha kambaing masak briani, dalca kambing dengan air asam..anak2 aku order kid's set ja. so, tunggu la kami...mula2 hantaq air, ok la..tapi depa hantaq air dengan paha kambing..aik? nasi mana? tunggu dalam 5 minit, nasi aku sampai. nasi putih dengan ayam goreng..mana dalca dengan air asam..yang laki aku sampai nasi putih ja..sama la dengan aku..dok tertunggu2 mana dalca ni, makan nasi kering ja ka?aiseyyy potong stim nak makan..aku pun malaih tunggu, makan la nasi putih dengan ayam goreng..tunggu punya tunggu, ada la dalam 20 min, laki aku dah nak hangin, dia pi tanya..rupa2 rupanya, depa tak tulis set..depa tulis nasi putih dengan ayam goreng dan briani kambing ja.. dalca  dengan air asam tak termasuk.. adoiiiii buat kerja apa nih??hmm aku makan nasi dah nak habis pun, baru la sampai dalca dengan air asam..laki aku makan pun tak semangat..kesimpulannya: aku geram makan kat sini sebab :
1.servis lambat
2. amik order tak betoi
3.rega boleh tahan mahai tapi kualiti TAKADA..ayam yang aku makan tu, tawaq hebiaq.kecikkkkk ja ayam dia..aku tau la ayam kampung memang kecik, tapi yang ni memang kecik. gila..aku makan ayam kampung kat kedai makan tepi jalan, besaq dari yang makan kat PMC. ni yang aku hangin.serius hangin.

Sunday, 25 October 2015

Aku Nak Rehat

cemuih plak bekerja sekarang nih. hampa ada rasa camtu dak? aku memang rasa cemuih tahap gaban dah ni. so, next month, cadangnya nak pi langkawi..3 hari dah la. bawak anak2 aku 2 orang tu dengan dak haikal sekali. asben aku suruh aku survey kat mana nak duduk..aiseyyyy..masalah gak tu sebab tengok dalam intenet cam mahai ja...arghhh ni stress ni. takpa, pelan2 cari..ada masa lagi..

Manusia

bila dah nama manusia nih, banyak benor perangainya. ada yang ok, ada yang tak, ada yang kadang2 ok, kadang2 tak, ada yang pandaiiiii ja cover busuk hati, ada yang terang2 nampak busuk hati tu..ini lah ciptaan Tuhan yang banyak nor ragamnya. aku nak share sikti ni pasai crita adik aku. sian dia, aku tau dia down sangat. sebab dia baru mula buka bengkel keta. utk cat dan ketuk keta. asalnya, tuan punya bengkel yang dia sewa tu yang pelawa dia untuk sewa bengkel dia sebab dia nak fokus pada projek pisang. adik aku on je la. dah orang pelawa. bengkel tu pun dah lama tak terjaga. semak dah, kambing pendek pun boleh ada dalam bengkel tu.sebab tepi jalan utama dan tepi hutan plak.so, adik aku dah kemas, kasi bersih itu bengkel, dah start berbengkel dalam 4,5 bulan. mula2 sewa rm1k..tapi bila chek balik banyak benda yang kurang. bengkel dah buruk bocor sana sini, kurang jadi rm600. oklah, bleh survive lagi. tapi lately, tuan punya bengkel tu, amik keta untuk cat, dia buat dekat tempat yang sama. adik aku heran la. awat plak buat kat sini?kan dia dah sewakan bengkel dia? mana bleh bawa masuk keta ikut suka..adik aku dah tak sedap hati.. pendek cita, ada kawan2 dia bgtau, mat, awat bengkel hang nampak gelap ja..macam tak best ja nak pi bengkel hang..lagi laaaa adik aku heran..apa benda la yang tak kena?mistik ka apa nih? yang tuan punya bengkel makin cari pasai dengan dia. pandai2 deal amik keta pastu bagi adik aku buat. dia tak mau la, bukan dia  yang deal..ish apa punya manusia la ni. nampak baik ja. semayang tak tinggal. tapi unsur2 hati busuk tu ada jugak. adik aku pun dah fed up dah, habis ja setel keta ni, dia pun nak blah, cari tempat lain sewa. senang hati..busuk hati punya manusia..bagi aku, dia memang busuk hati..tak bleh tengok orang senang..padan la projek pisang dia tak menjadi..takpa, senang la hati hang lepas ni..dunia ko ok la, akhirat nanti ko makan hati busuk ko tu..phuiiii

Berabuk

confirm..blog ni dah berabuk bersawang bagai. sebab tuan punya blog macam sibukkkk sangat..tapi ada orang yang lagi sibuk bleh gak update blog. yang aku ni, tak berupdate blog nih. dalam kepala hotak banyakkkkk sangat nak di share kan tapi bila jejari runcing ku malaih nak menaip..hai hai bai bai ja la..ni pun dah tak tau nak baca blog mana, baru la rasa nak menaip sikit..banyak benda nak sharing tapi tunggu tunggu la aku naipkan. itupun kalau rajin la..kadang2 nak buka email pun tak sempat..haihhhh sibuk ngalahkan menteri..ooo menteri ada PA.ko ada? takde kan..sebab tu kau tak bleh naip blog..semua buat sendiri..itu semua alasan ja.. cer kau tengok redmummy, elly inwonderland..lagi super busy, sempat ja taip blog..ish , alasan yang banyak..cuba manage masa cantik2 sikit..bleh punya..ok..selamat menaip blog balik yer..tadaaaaa

Saturday, 19 September 2015

Terkejar-Kejar

tension aku kalau terkejar-kejar camni..rasa letih ataih jalan ja. jumaat hr tu, aku baru nak balik kg, jumpa mak aku, tup tup laki aku balik..laaaa kata malam baru sampai..aku baru nak gerak balik..ok..aku teruskan la balik kampung..dah janji dengan mak nih. sian plak kat mak aku kalau tak balik. yang aku tak masak la kat rumah mak mertua sebab aasben balik malam kan..rupanya, laki aku dari pahang makan roti sebiji, balik rumah nasi plak takdak..motor plak ada hai plak..lampu kecemasan ka apa ntah dari karak dok bernyala. aiseyyy sian laki aku. aku suruh ja dia pi beli makan kat luaq, satgi malam kita kuaq makan la. serba salah la plak. lastly, aku balik satttt sangat. sempat makan nasi sikit, tiduq sat pastu, balik dah kulim..dalam pukoi 3 ptg aku bertolak dr rumah mak. sampai kulim, nasib anak2 dah tidoq dalam keta. aku masak spageti, sebab anak aku yang sulung request nak spageti plakkkkk..ok, setel masak spageti, aku pi cuci keta. asben aku makan kat luaq, teruih pi rumah abang dia hantaq motor kat bertam. malam tu km makan kat Nuurl Ikan Bakar, kat highway lunas tu.. bagi aku, sedap dan murah lah compare makan kat kedai siam tu..total kena byr rm 62.00 menunya, ikan siakap bakar, sotong dgn udang goreng tepung, sup daging, nasi putih 4 pinggan, fresh oren, milo ais, teh panas dengan nescafe ais..ooo lupa, sayur kailan ikan masin..
haaaaa...letih betul aku hari tu..sian mak, tak sempat nak belanja makan kat luaq..

Sunday, 13 September 2015

Crita Semalam

sapa kat sini yang selalu pi spital kerajaan? takdak yang angkat..hmmm hampa ni mesti pi spital swasta..ada medikal kad?aku ada.kalau takdak amik dengan aku..amik medikal kad saja pun bleh, nak amik dengan plan complete pun lagi laaaa boleh..ada yang murah, ada yang mahai.. takpa, nanti aku buat entry pasai medikal kad plak.. semalam, aku kena gastrik lagi..aku pi la spital.nak pi swasta, kena admit punya, confirm..habis anak nak tinggai kat sapa?pengasuh takdak, yang ada mil ja. semalam aku pi masa anak2 tidoq..dlm pukoi 6 ptg camtu. aku berdoa, jangan la anak aku yang kecik tu jaga.satg dia teriak/nangis, jenuh la mil aku. confirm dia jaga awai,dia teriak dari mula jaga sampai aku balik..yang aku kat spital, tak la tunggu lama sangat. ada la dalam 15 minit, dah kena pangge. masuk bilik B.doktor tanya tu tanya ni. dia tanya aku dah lama gastrik tak penah buat scope..aku kata dak? so, doktor tu bagi la surat suruh buat appoinment dengan pakar utk buat scan, scope, blood test bagai.lega..ingat nak pi buat kat swasta, nasib la doktor rekemen suruh buat. kat swasta paling cikai rm400..tak termasuk ubat. kat KPJ rm1500 tak admit tu. pi pagi balik petang. kalau admit rm3k. mahainya kos perubatan sekarangkan? aku yang direkemen kan buat scope pun dah berapa kali pi baru la dapat. tu pun belum tentu lagi cepat siapnya. silap hari bulan hari buat scan, minggu depan buat blood test..hahahaha
anyway, pagi tadi 13 September 2015, aku pi buat appoinment..soalan misi, sakit sangat ka?kalau tak sakit tak la aku mai spital misi oiiii..jawab ku dalam hati..so, wait 23hb ni, aku pi jumpa pakar..see what happen...

Saturday, 22 August 2015

Laksa Oh Laksa

aku memang hantu laksa..
kalau nampak laksa tu ..alahai..nak ja menerai
laksa ni pun ada macam2 jenis..
ada yang bersantan..tu laksa terengganu
tapi aku boleh ja makan..
paap beza laksa penang dengan laksa kedah?
aku pun tak tahu.
aku tibai ja makan

kelmarin aku buat laksa
sekarang dah ada laksa yang halus
senang dan cepat sikit nak masak
tak payah rendam lama,
rebus pun tak payah lama-lama
15 minit ja dah lembut dah laksa tu
aku buat 2 peket laksa

pagi2 sebelum pi senamrobik
aku pi fish mart
beli ikan sardin
aku suka buat laksa guna ikan sardin
aku beli dalam sekilo lebih
fish mart ni kena pi awai2 sebab ikan baru
kalau pi lewat sikit, dapat ikan bekas orang pilih ler

aku beli bunga kantan..sekuntum rm2
mahai gila..kat kg boleh dapat free kot
masalahnya tak dok kampung
dok taman, mana nak dapat
beli daun kesum..nasib seikat 3 kupang ja
tu pun kalau pi beli kat market dekat opis aku nih
mau la seikat 5 kupang..tu pun ciputttt ja
kat market kulim seikat singgit
ish rasa cam nak tanam la
banyak benda nak kena tanam
tapiiii tanahnya kat mana nak cari
rumah taman la katakan

dah beli aku hantaq balik rumah
mak aku cuci, rebuih siap2
balik nanti senang sikit reja aku
aku pi senamrobik dulu sebelum tu
ishhh i kan nak badan sihat
walaupun badan tak juga turun berat
selesai senamrobik jam 9 pagi
pecut balik ke rumah

nasib bik biras i ada kat rumah
dia tolong mandikan anak2
sampai rumah tak masak lagi
bersiap nak pi meting hla lak
hari ini ada training produk baru
setel meting jam 12 tghr
cepat2 balik rumah
nak masak laksa k

setel meting, sampai rumah, bersiap sedia untuk masak 
pukoi 12 lebih start
pukoi 2 baru siap..siap2 ja, 2 mangkuk aku balun
huihhhhh sedap gak laksa aku ni
auwwwww puji diri sendiri k
ada aku kisahhhh

ni resepi laksa aku buat
penang ka kedah ka aku tarak kisah
tapi inilah caranya

bahan2nya :

untuk kuah :
ikan sardin..lagi banyak ekoq lagi sedap dan pekat
cabai kering *
belacan   *
bawang merah - boh banyak sikit *
bawang putih seulas dah la  *
blender yang bertanda *
blender isi ikan
blender tulang2 ikan yang dah lembu tu (kan dah direbus)

pastu, masak cabai yang diblender
masak sehingga masak cabai tu..satgi sakit perut
masukkan daun kesum
masukkan bunga kantan
bila cabai dah masak
masukkan isi ikan yang diblender dan
air tulang ikan tu
boh asam keping
boh garam secukup rasa
setel..tunggu mendidih..
dah siap la

bahan hiasan:
teluq, daun salad, cabai merah, cabai melaka
bawang..cukup dah tu

laksa halus sepeket - rebus dalam 15 minit

pagi tadi aku perangat kuah tu..tinggai sikit ja
kalau mil tak makan, ada la rezeki aku petang nih

Wednesday, 19 August 2015

Hari Sukan Litlle Caliphs

sabtu, 15 ogos 2015
LC tmn kemuning buat annual sport day
hmmm nama gah
tapi aturcara..tak bleh blah
sebelum ni mohsin belajaq di eduwis
bukan nak puji tapi cara organise tu memang superb
yang aku pi ni, games mcm zaman kita sekolah tadika dulu
isi air dalam botol
tu tadika kemas pun tak buat gamaknya
year 5 & 6 gabung 
main game leret bola dengan gelung rotan
masa mohsin kat eduwis
year 4 ada 2 games dan nama pun mengancam
depa ajaq main dalam pasukan
nampaq benor teraturnya
yang ni, dah nampak banyak games utk parents plak
then, bukan aku saja komplen,
orang lain pun sama, pengetua dia payah nak jumpa
kalau dulu, pengetua sentiasa ada kat depan pintu
meet the parents..ni takde
botol susu anak, tak berbasuh
yang ada sorang mak tu komplen
puting botol samapi berkulat
ini cerita lama, baru ja aku highlight
sibuk benor ke?
reading, anak shikin dari bulan 4 tak berubah
bila aku tanya, ada reading?
hmm sibuk dengan buat folio
aktiviti aku pun tak pasti kurang atau tak
sebab kalau dulu, mohsin ada fruit party
singing competition, story telling competition
ni? nando setakat ni
hmmm...takkan nak tukaq sekolah lgi?
tak tau la LC tempat lain cmna..

now, semua crita tanpa gambaq sebab kamera rosak. takdak duit nak beli kamera baru.

Tuesday, 18 August 2015

Bawa Bekal

bawa bekal? napa? ingat takdak duit ka?
bawa bekal, sebenarnya lebih untung
makanan kita masak
kita tahu kebersihannya, tahap gulanya
kalau beli, confirm banyak guna pak aji
korang masak guna pak aji?
aku tak, mak aku pun tak
rasanya tak guna pak aji pun sedap
bayangkan untuk sepinggan nasi goreng
banyak mana pak aji yang depa guna
bayangkan semangkuk tomyam rega 5
banyak mana bahan, banyak mana bawang
ayam ada seketul dua, yang banyak serai,
bawang, bahan utama yillek
kan puas masak sendiri, bawa bekal
jimat duit, kebersihan terjaga
silap haribulan, laki sekali bleh bawa
 kalau orang kata kau kedekut..lantak ke dia
janji perut kenyang, poket pun lambat la nipisnya
betul tak???

Tuesday, 11 August 2015

True Stories

aku nak share kisah benar yang berlaku akibat penagihan dadah atau deal dengan orang yang bermasalah..aku dah kerja dalam bidang ni dah bertahun2 cuma aku tak pernah kerja di pusat pemulihan ja. dan aku rasa, aku pun tak berminat nak kerja di sana walaupun ada yang kata kerja di sana lebih mudah, sebab kita deal dengan penagih2 dalam kawasan tu ja. tp aku rasa tak berminat lagi nak kerja di sana. so, tak yah mintak masuk sana.

kisah 1 : masa aku kerja di kuala muda dulu, ada satu klien masuk. masa tu, aku baru kerja , jadi aku tak berapa kenal klien2 aku. klien tu india, tangan sebelah kudung. aku ingatkan nak mai intak sedekah. dalam hati, aku dah kata, ish dah tulis dah kat depan tu, peminta sedekah tak dibenarkan masuk, masuk jugak depa nih. aku dok perati tangan dia yang sebelah lagi dok terkial-kial nak amik sesuatu dekat sebelah tangan dia yang kudung tu, sebab dia sangkut satu botol plastik yang dipotong, dan bahagian yang bawah botol tu diikat dengan tali plastik dan disangkut di bahu..can imagine that? rupanya, dia nak kuarkan buku lapor diri dia..laaaa klien aku ka mamat nih. dah cacat pun amik dadah jugak?aku rasa kerja dia kutip sampah kot. aku pernah nampak dia merayau2 kat stesen bas sg petani selepas tu. 

kisah 2 : mcm dalam drama, bila ada orang crita, makan nasi dengan teluq goreng ja, makan nasi dengan kicap, tidoq dalam kaunter bas yang usang sebab dah tak guna kaunter tu. mandi di surau. itulah yang terjadi pada sorang waris bila anak dia jadi penagih. merayu-rayu mintak anak dia tak masuk pusat tapi apakan daya, anak dai terlibat dengan jenayah plak. 

kisah 3 : kami pernah buat kem untuk budak2 nakal nih. ada satu junior aku ni, anak orang kaya. baru ja kerja, datang kerja naik toyota wish uuuu.. so, masa g program tu dia bawa la keta tu. yang nakal2 ni student pompuan la. kat buku urusetia tu, kami tulis la nama urusetia dengan no telefon sebab nanti depa nak tanya apa2 bleh call. kot2 kecemasan bleh ja call urusetia. mudah la sikit. junior aku ni, kena ngorat dengan depa la sepanjang prog nih. dah nama pun budak nakal2 tau saja la. dengan rambut berwarna, tindik hidung, tindik telinga sampai takdak ruang nak tindik, haihhh macam2 la. nak control punya la susah. bab masa, bab hormat orang..hancusss..critanya, lepas program depa dok contact junior aku ni tak kira masa, pagi, awai pagi, tengah malam. dan yang paling teruknya budak2 nih, ada sorang pompuan tu hantaq gambaq kat junior aku. gambaq pertama berkebaya, dia amik gambaq paras pinggang ke atas. gambaq kedua, dia hantaq gambaq dia pakai bra saja. junior aku sampai stop line phone dia sebab terlaluuuuu ramai yang kacau. satu, mungkin hang handsome, satu lagi, mungkin sebab hang kaya..hahahaha nasib le

Sunday, 9 August 2015

Bahaya Dadah

rasanya ni la first time aku menulis pasai kerja aku. kalau crita bab dadah ni, memang menyesakkan nafas sebab ramaiiii yang terlibat adalah melayu.tanyalah statistik mana2 negeri pun..melayu yang no 1.bukan takat dadah, masalah sosial yang lain pun sama. mengandung luar nikah, melayu, lumba haram, melayu, lari dari rumah, melayu, ponteng dan buli, melayu, ramai masuk penjara, melayu, ramai masuk pusat serenti, melayu. ramai jadi doktor, cina, ramai jadi lawyer, india..yang negatif semua melayu..dah bagi contoh hidup penagih yang macam sampah, hidup penagih yang memang hancur, tak berguna, takdak tanggungjawab..kenapa tak amik berat, awat yang dok gatai pi cari lagi dadah yang sial nih. tengok, berapa kerat artis yang jahanam karier sebab dadah?yang mati sebab dadah? takkan lah pelajar melayu, orang melayu takdak impian nak jadi kaya, berjaya, hidup senang. ada pelajar yang cukup amik mudah..dah positif urin masa kita pi urin depa di sekolah, tak serik jugak. depa ingat undang2 ni ringan. bodoh la. nak jamin beribu rm habis.nama blacklisted. jangan hang mimpi nama ada dalam rekod polis, rekod aadk hampa bleh reja dengan jabatan yang beruniform, silap hari bulan, jadi guard pun tak lepas k.guard cek oiiii. tak lepas. yang mak pak, cari duit, reja siang malam, pastu anak terabai. lantak hang nak pi mana, nak berkawan dengan sapa..ni bukan cakap kosong tapi kawan anak sedara aku, mak pak tak kisah anak dia pi mana, hang pi melepak ka, pi meronda sampai malam ka, yang penting, malam tidoq di rumah, duit makan aku bagi tiap2 hari. ada jugak mak pak macam nih. anak2 bila dah lepaih dari sangkaq, tak dak pedoman, tak dak panduan, berkawan dengan taik pit. hisap dadah. kalau yang pompuan, silap hari bulan, jadi pelacur muda. pelanggan boyfriend tolong cari. dapat duit beli syabu. ini bukan rekaan tapi pengalaman aku buat program dengan budak pompuan yang memang ketegaq, memang bermasalah di sekolah. dia jadi pelacur, boleh layan 14 orang sehari. pelanggan, boyfriend tolong cari.. adoiiii sakit hati, geram, sedih dengan apa yang berlaku pada pelajar dan orang melayu yang jadi hamba dadah.. sayanglah diri, jangan amik dadah. bila amik dadah ni, mampuih laaa susah nak berenti. susahhhh sangat. kalau senang dah lama malaysia ni bebas dadah. sebab susahhhhh lah ramai lagi melayu yang jadi penagih dadah

Tuesday, 28 July 2015

Puasa Sunat & Touch n Go

korang dah habis puasa sunat syawal? aku baru nak start hari ni. memang lambat betul startnya. dah berapa belas hari syawal, baru aku nak mula. takpa la lambat pun, moga sempat la kan. pahala tetap sama kan? 
fyi, sapa yang selalu ke penang atau lain2 tempat tapi bayaq tol cash, hampa kena start beli touch n go atau smart tag sebab mulai 9 september ni, semua pakai yang elektronik dah. no more cash. termasuklah aku. aku pun kena beli kad touch n go sebab sebelum ni, aku guna cash ja. setakat ni yang aku tau, nak ke penang, kubang semang, kubang pasu dengan 2,3 tempat lagi. untuk lebih selamat, beli ja kad tu. senang. kat mana2 pun bleh guna. kalau ada cash kita guna cash kalau semua pakai kad, kita dah ada. selamat kan?

Monday, 27 July 2015

Hutang

masa cuti hari raya hari tu, aku ada tengok rancangan tanyalah ustaz kat tv9. berkaitan bab hutang. apa yang aku dapat ustaz herrianto tu kata bab hutang nih:
1.wajib memberi hutang kepada orang yang memerlukan untuk membeli barang keperluan seperti beras, susu anak dan sebagainya.
2.makruh memberi hutang kepada orang yang berhutang untuk membeli pakaian sedangkan pakaian dah banyak.
3.haram memberi hutang kepada orang yang akan gunakan duit itu untuk membeli arak contohnya.
suami guna duit isteri? kena bayar ke?
jawapannya kena bayar sebab itu duit isteri walaupun duit isteri tu dari suami. yang ni ustaz tu kata, jangan si suami kata, alaaa duit dia tu pun aku yang bagi. bila dah diberi, bermakna duit isteri. wajib bayar.
pinjam bawang jiran, beras jiran? wajib dibayar sebab itu barang orang, bukan kita punya.
dan menjadi satu kewajipan juga supaya pemberi hutang dan pembayar hutang tulis setiap jumlah yang dihutang supaya jelas amaun hutangnya. sebab kalau orang yang berhutang kata, aku hutang kau rm100..tapi pemberi hutang kata, eh rm 150 la.haaaa..kan dah gaduh.
lepas tu pulak, bila ayah atau emak atau sapa2 yang meninggal, jangan kira nak faraid dulu, kira nak setelkan hutang si mati tu dulu. baru betul.
dannnnn yang paling penting..kalau kita tak bayar hutang orang, pahala kita akan Allah bagi kepada orang yang kita berhutang. jangan buat main,penat kita sembahyang, puasa tapi pahala sikit sebab dah diberi pada orang lain.rugikan? baik bayaq cepat. tapi jangan cakap plak, saya tak bayaq ptptn, pahala saya pi kat ptptn ka? itu isu lain k...

Catatan Sempena Hari Raya 2015 - 1

camna raya hampa?raya aku cam biasa ja. maklumlah baju raya tak beli. saja nak pakai baju yang mana ada. owhhh aku tahu bagaimana rasanya beraya tanpa baju baru. kesiankan orang yang tak dak baju raya. kalau baju dah tak ada, camna kalau takdak langsung persiapan raya, contohnya, biskut, kasut, dan yang paling sedih kalau memang tak mampu. apa la perasaan anak-anak kecik kan? bila tengok anak jiran pakai baju baru, sedangkan depa takdak pun baju baru. orang lain makan rendang ketupat segala maknenek, depa apa pun takdak.. sedihhhhh sangat rasa.
anyway, this year, raya sangat simple tapi meaningful jugak sebab seperti biasa, kami akan beraya ke rumah sedara mara. raya pertama, mak mertua aku masak nasi lemak, sambal ikan bilis. tu wajib. setiap hari raya pertama itu menunya. ikutkan aku nak buat spageti tapi tak jadi sebab bil (brotherinlaw) yang pertama raya kat sini dulu, jadinya mil takut dia tak biasa makan spageti..what? tak biasa, amboiii kau, keja petronas, gaji mahai bagai takkan tak pernah makan spageti?ok..aku tak buat la. so, raya pertama aku biaq ja la mil aku masak. mil ni kalau anak sulung dia balik, pening pun jadi ok, sakit lutut pun ok terus. nak masak bagi anak dengan menantu dia makan..lantak le, aku tak amik tau. ketupat pun yang segera.aku beli dekat Suha Halal Frozen Food. macam2 ada. nak satay, nak daging kambing,nak dim sum halal, pi ja beli kat situ. petang raya, aku balik rumah mak aku. sampai ja, adik ipaq aku tengah buat me bandung. aiseyyy..mi tu, faveret aku. balun 2 mangkuk. sembang2 dengan abang aku, main bunga api bagai. gila ko, abang aku habis beratus untuk bunga api. mercun gasing, mercun kecik, mercun lidi, bunga api yang tembak 25 kali..ishhh banyaknya hang buang duit kat situ. rugi rugi. asben aku pun bawa balik gak mercun bagai, tapi dah yang abang aku punya ada, main yang dia saja dah la. yang kita punya main lain kali. habis main semua dalam pukul 12..anak aku ain yang biasanya tiduq lewat pun, malam tu tiduq awai sebab letih main bunga api kot. nasib le kami ni rumah kedalam sikit. hutan ja keliling, kalau tak, mesti jiran marah sebab bising dengan bunyi mercun. kat tempat abang aku tak berapa best nak main. jiran marah dia kata.so, next day, raya kedua, kami pi Penang. pi Queensbay.. sebab nak membeli jam tangan. aku pilih swatch sebab kalau beli satu, bayar lagi rm96, bleh buat cabutan bertuah, dapat jam jugak, so..bleh dapat 2 jam. aku beli yang rm 175, bayar rm 96, jadi total..rm 271..ok la tu, swatch ja pun. nak beli roscani ka alba ka mahai sangat pulak. eh lupa nak crita, sehari sebelum raya, kami pi sampai pacific tu, cari kasut mohsin. satu pun dia tak berkenan. lastly, hari raya pertama pi the store, beli kasut yang dia nak sangat. bumble bee. aku bukan tak mau beli sebenarnya. masa pi beli baju raya lagi dia nak dah kasut tu, tapi aku rasa macam tak berbaloi sebab rm 31 sandal bodo ja pun. ada gambaq bumble bee ja pun. lastly, beli jugak. adik dia aku beli sandal frozen. rm 19.90.lepas beli jam, balik ikut jambatan pulau pinang kedua. adoiii jauhnyaaa.nak cari pun susah. mungkin sebab kami first time kot..lengangnyaaaa jambatan tu..keta pun banyak. aku kira ada la dalam 5 biji keta yang ada atas jambatan tu. bagi aku, rasa tak berapa nak relevan jambatan tu kat situ. yang lama lagi banyak orang guna sebab kedudukan yang amat dekat dengan kulim..senang nak acces. yang baru ni, laluan keluar pun sunyiiii ja. mungkin depa nak membangunkan batu kawan kot. tunggu la sikit tahun lagi, mesti akan membangun jugak kan? agak je la..balik ikut situ, teruih singgah rumah abang aku. singgah pun sat ja. makan bihun goreng sikit, makan biskut raya sikit, amik buah rambuatn, pastu balik. ok..setel raya kedua.

Tuesday, 14 July 2015

Risiko Beli Online

sekarang ni bisnes banyak yang online kan? kalau tengok kat ig tu, mau rambang mata nak beli. ig ni murah, ig tu murah..semuanya murah2 belaka.tudung, baju siap, kain baju, palazo, aishhhh macam2 ada. mak ayah ja takdak juai. alkisahnya, kawan opis aku ni, beli le baju raya kat online. bukan beli dekat orang lain, kawan sendiri jugak. kawan masa sekolah dulu-dulu. ada la dia promot kat aku, kalau nak jubah sedondon anak beranak, kawan dia bleh buat. kain semua depa beli. kita dapat dah siap ja. dia pun pesan la jubah sedondon dengan anak pompuan dia yang 2 orang tu. sampai la jubah tu kemarin. tapi sayang..warna dah lain. minta kaler lain bagi kaler lain. saiz xl..kawan aku tu l ja. pastu kain jubah tu, murahhh ja kainnya. dah tu, fesyen apa yang dia jahit pun tak tau la..cukup tak cantik. kawan aku tak menyusu, dia pi buat zip kat depan. kalau zip tu tersorok takpa la. ni nampak zip tu, mana cantik. sian kawan aku tu, takdak la baju raya,kemarin baru la pi cari ganti baju yang tak elok tu. takkan nak pakaikan ? kalau tangan nya lebih sejengkal, bajunya cam payung terjun besaqnya. ishhh sian la. nasib aku tak order sekali hari tu. 

Menu Hari Raya

korang masak apa hari raya nanti? biskut banyak ka buat? ka pakai biskut tunjuk ja? cadangan menu raya ni...raya pertama sahaja k.

spageti aglio olio (aku pandai dah buat)
spageti bolognise (ejaan salah ni)
apom polkadot
dadih
biskut raya 

ketupat, mil beli yang segera punya. petang satgi aku pi cari kat frozen food, yang melayu punya. banyakkkk produk depa. ada satay kambing, ada ketupat segera, ada kuih muih yang segera, karipap bentuk udang, daging kambing yang diperap dan macam2 lagi..serius teruja pi kedai nih. mil ada tempah biskut raya dengan adik adik dia. chik buat tat nenas dengan almond london. cu buat 6 jenis biskut. yang aku tau, semperit, peanut butter dengan apa ntah lagi. dah siap bersusun balang kuih yang dah berisi. tunggu raya ja.hmmm siap biskut2 ni semua kena ngap..aku paling suka tat nenas..auwwww sedap gila.aku try buat semperit susu, walaupun rupa tak berapa cantik tapi cair di mulut uuu..kalau rajin satgi nak potong roti nak buat biskut jejari roti nestum yang palinggggg simple dan sedapppp. kawan aku, wawa dah buat 2 balang dah. resepi aku bagi la tuuuu...

Monday, 13 July 2015

Lagu Raya

seperti biasa, time -time nak raya ni, maka berkumandanglah lagu-lagu raya. kat opis aku ni pun pakat pasang lagu raya. kat astro pun ada. yang kelakarnya lagu raya yang dinyanyikan oleh peserta akademi fantasia. aku pun dah lupa dan sebenarnya tak la berapa amik tau sangat pasai peserta AF tu.tapi bila tengok hazama, ema, erul, adira nyanyi lagu raya, laaaa mana pi depa ni semua..adira dah bertudung, erul tak tau la, ema pun sama, hazama masa tu belum glamer, tengok muka pun cam lain ja dari sekarang. tengok video klip erul, adira dan dina, eh eh, simplenyer. tapi, aku paling suka lagu raya yang lama..sedappp ja dengaq. lagu raya yang baru2 nih rasanya bila dengaq macam tak feel. kecuali lagu siti nurhaliza..yang tu sedap, yang lain tu rasa ntah apa-apa ntah. kurang kick la lagu baru nih. mungkin itu trend dan tak sesuai dengan aku kot. tu aku tak suka. mungkin orang lain suka..citarasa masing2 kannnn...

Raya Dah Dekat

kawan kawannnnnn... raya lagi 2 hariiiii.. bj raya berapa pasangggg??? kuih raya berapa balang? baju anak berapa pasang plak? kasut anak dah sedia ka? tahun ni raya yang paling sempoi, paling simple dan rasanya palingggg selamber..aku tak dak baju raya, asben pun sama, anak2 ja ada baju raya. biskut raya, aku tak beli, ketupat tak buat, beli ja yang dah siap, tunggu la esok, bersepah orang juai ketupat dengan lemang dengan serunding tepi jalan.duit raya pun tukaq sikittttt ja. aku pun tak tau nak bagi kat sapa dengan duit yang sikittttt tu..pasaipa yang rasa mcm sempit sangat raya tahun ni? pasai gst ka? pasai minyak naik ka? rasanya semua tu mempengaruhi mood raya tahun ni. ada yang macam biasa sebab depa mungkin duit berkepuk kepuk dalam poket, bukan aku saja, kawan2 aku pun rasa benda yang sama. semuanya pakat cut cost habis. hmmm tunggu lagi 2 hari nak raya, pastu sambung cuti raya 2 hari, pastu masuk balik kerja. rasanya banyak jabatan yang dah cut cost takdak jamuan raya. tahun lepas pun banyak jabatan yang tak buat jamuan raya, tahun ni lagi la. selamat hari raya semua...ampun maaf di pinta..

Pembunuhan Kejam

aku sebenarnya dah agak lupa tarikh sebenar kejadian. tapi rasanya dalam 2 hb julai atau 3 hb julai camtu. aku tau daripada whatsapp. ramai member2 opis yang komen tapi aku tak on kan tab aku jadi aku tak berapa tahu la sangat. kiranya dah sehari berlaku baru aku tau benda nih. kisahnya, kakak yang buka mini market sebaris dengan opis aku kena bunuh. kena bunuh. ya Allah..terkejutnya aku sebab aku dok bersembang dengan dia.patut aku dok heran, awat kedai dia tak buka? aku nak beli kupon parking pun tak bleh..rupanya kawan tu dah meninggal. ikut kata anak dia, selepas buka posa, dia kuaq jumpa kawan..rupanya, kakak tu bini nombor 3. asben dia tau pun sebab pagi tu, anak dia tepon bgtau kami tak pi sekolah sebab mama tak balik dari semalam. laki dia pun pi buat repot semua la. keta dia pulak jumpa kat belakang kedai juai tayar. kedai tu dekat ja dengan pejabat aku, maksudnya, dekat la dengan kedai dia. apahai plak dia pi letak kat situ sedangkan kedai dia dengan kedai tayar tu dekat ja.
so, bila kawan aku pi mahkamah, dia bercakap sendiri dengan polis yang incas kes bunuh tu, polis crita, kakak tu dibunuh dengan kejam. bukan kes samun sebab mustahil dibunuh dengan kejam sebab samun kan?. keadaan mayat masa tu, dijumpai ditutup dengan kanvas biru di belakang car wash. nampak kaki sebelah ja. mangsa telah dijerut dengan menggunakan roller yang digunakan untuk mengecat. kiranya depa pusing roller tu sampai jerut leher mangsa. mangsa hanya berbaju dalam dan seluar dalam dijumpai di dalam tandas car wash. hasil bedah siasat, mangsa tidak dirogol. muka mangsa pecah akibat dipukul. najis mangsa banyak keluar disebabkan dipijak atau perut mangsa ditendang. memang tragis kematian kakak tu. dan yang terkini, asben dan 2 orang kawannya telah ditangkap untuk siasatan. masa polis mai untuk chek mangsa tu, depa bawa anjing pengesan, anjing tu hidu badan mangsa. lepaih tu anjing tu lari pi kat rumah dekat dengan bengkel tu. jadinya, polis tangkap la lelaki tu. suspek la kiranya.lepas tangkap lelaki tu, tangkap plak tokey car wash tu dan lastly asben kakak tu. rupanya depa 3 orang ni kawan dok mabuk sekali. polis tu la kata. setakat hari ni, asben mangsa masih direman. tak tau la sapa pembunuh dan apa motif pembunuhan kakak tu tapi aku berdoa, moga2 pembunuh tu akan ditangkap. aku dan kawan2 yang kenai kakak tu tak sabaq nak tau apa sebab kakak tu dibunuh dengan kejam. moga semuanya akan terjawab. al fatihah untuk mangsa. moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. aminnnn

Sunday, 12 July 2015

Keja Semalam

kemarin, pejabat aku combine dengan 1 jabatan buat program kacau bubur lambuk.nama ja la combine, yang buat preparation dari mula sampai la ke sudah, jabatan aku ja pun. aku tanya bos, kata jabatan depa ni ada team kasih ka apa tak tau yang memang reja dok masak ja. mana pi?awat kita ja yang kena buat semua nih..beli barang kita, cari orang nak masak kita, semua kita, orang jabatan depa mai 2 orang dok tengok saja. letih kita yang lebih.pastu, mai amik gambaq snap sana snap sini, balik..senangnya..habis setel packing, pi bagi kat orang yang lalu dekat padang awam kulim tu. barulah ku tahu, letih sungguh rupanya berdiri di tepi jalan tu. dalam 30 minit selesai kami agihkan bubur lambuk yang 200 pek tu. lega. buat dalam bulan posa, adoiii dahaganya..kalau la dapat minum sirap bodoh pun sedap tak terhingga dah ni. hahhahah panaih-panaih tu macam2 la teringat. masa nak agih tu kami join dengan trafik. depa la control lalu lintas. jem jugak la sat.kalut jugak rupanya kalau nak buat agihan nih. kalau buat dekat tol senang sebab keta berenti utk byq tol kita bleh teruih bagi. ni kat jalan biasa, kena tahan keta untuk berenti. yang dok di belakang mesti rasa pelik, awatttt jalan jem. rupanya nak bagi bubur lambuk. anyway, thanks kepada semua yang terlibat. next time, kena deal dengan lebih cantik lagi supaya kita tak rasa cam berat sebelah. kalau takdak yang merungut takpa. ni banyak yang berbunyi. kena pikiaq balik la tu kan.

Thursday, 9 July 2015

Beli Jer

horeyyyy... hari ni balik kampung..jumpa mak, jumpa adik, jumpa fakhrul dengan faris. aku mulanya cadang nak ajak berbuka kat luaq, tapi masalah la dengan adik aku nih, dia balik keja lambat sangat. dalam pukoi 8, 9 malam baru balik, habis camno nak berbuka di luaq. so, nak mudah, aku beli ja bungkus, mak masak nasi ja dengan buat air. menu for berbuka hari ni :

ikan siakap 3 rasa (as usual)
telur bungkus
tomyam campur
kailan goreng ikan masin

sudah lah tu, banyak dah mak aku kata. semua rm42.50. murah tak?hmmm cam murah tapi ada rasa cam mahai sikit dari aku beli sebelum tu..

Peringatan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Rumah Teman Time Raya

take note please....untuk peringatan bersama yer..jangan marah, jangan kecik hati

jangan memangku balang kerepek atau biskut sebab orang lain pun nak makan sama
jangan bermain handphone sebab raya setahun sekali,dah alang-alang mai rumah kawan tanya la khabar ka apa. kalau nak main hset baik dok rumah ja
jangan terlalu lama bersembang sebab tuan rumah pun nak pi beraya jugak
jangan sibuk tanya biskut ni buat ke beli. makan ja la yang orang hidang sebab kat rumah kita pun beli gak..kalau tak beli pun jangan tanyalah
jangan buat perangai mcam kat rumah sendiri..
jangan buruk lantak, ingat la dekat tetamu dia yang lain pun nak makan jugak, silap hari bulan tuan rumah pun tak sempat makan
jaga suara bila bersembang, jangan kuat nau spekaer tu
jaga la tingkah laku anak, jangan sampai tumpahkan air kat karpet ke, kuah kat sofa ke..memang la tuan rumah kata budak2 tp dalam hati kau tahu ke?

pesanan ni aku dapat dlm whatsapp, so aku share ler..beringat lah yer..

Wednesday, 8 July 2015

Dialog Hal Langsir

 dialog bab langsir antara mil dengan cikM

cikM : kak tak tukaq langsir ka taun nih?

mil : tukaq gak la, dah teringin nak langsir baru

cikM : kak upah kat sapa?

mil : upah kat biras Tat kat negeri sembilan tu, siap Tat bawa mai la, kaler semua depa pilih

cikM : cek pun buat lain, ija bayaq..cek tak amik tau aihh.ija, kak kan tak tau, banyak duit. (kawin dengan org beniaga)

mil : takpa la, kami bayaq sendiri..
(pastu mak aku masuk dalam rumah)

time buka posa, dialog mil dgn aku

mil : mak nak bgtau sarah ni tapi jangan crita kat sapa, kat bg N pun jangan

aku : apa dia, pasai pa?

mil : mak upah langsir kat adik ipaq kak bariah hang.yang dok kat negeri sembilan tu

aku : laa buat lansir baru ka?kata tak mau buat.

mil : buat pi la, teringin gak langsir baru

aku : berapa upah?

mil : rm 2200.00

aku : huihhh awat mahai sangat? kain apa dia beli?

mil : mak tak tau yang tu, bang Tat hang dengan depa yang uruih semua. mak bagi duit ja.

aku : kalau beli kain kat kilang takkan mahai sangat aihhh.. saya pi kilang kain langsir kat lunas tu murah ja . kat luaq juai mahaai la

mil : tak tau, tak tau, mak bagi duit ja, lain semua depa buat.

aku : bila mai ukuq tingkap?

mil : ada hari tu bg tat hang mai ukuq. ukuran semua bagi dah.

perbualan terhenti..buka posa..

aku teringat, duit rantai tangan yang aku hutang tu rm 800..baru bayaq rm100. dapat duit ot nanti nak pi setel. mil bleh beli langsir yang rega rm2k..kalau lah duit tu ditukarkan dengan rantai tangan, mesti best kan? hmm kalau la dapat beli rantai tangan...best best..bila aku nak dapat rantai tangan aku tu? hmmm tunggu duit ot la jawabnya... (dlm hati, mak pinjam sikit duit nak bayar rantai tangan. mak beli langsir mahai bleh)

Gaji Dah Dapat...Yeyyy Ke Huhuhu

sapa keja gomen? angkat tangan tinggi-tinggi..haaaa berceracak tangan angkat noo..rengih sampai ke telinga hari ni kan sebab gaji dah masuk. silap hari bulan duit gaji bulan lepas pun tak habis lagi dah masuk masuk yang baru kan..tu belum kira duit claim ot dengan mileage lagi tu. silap hari bulan masuk sekali..tu diaaa, kaya kaya. boleh soping tahap gaban ni. raya minggu depan ja kan? TAPI TAPI.... beringat ye staf gomen sekalian, gaji nak masuk pulak 25 hb, bulan Ogos yer.. gap 56 hari dari hari ni ke bulan depan baru nak masuk pulak cek. kalau dok joli sakan, habis raya, pakai poket kosong, mai opis makan roti, pastu start laaaa nak meminjam kat kawan. tu yang kawan angin tu. masa raya tak beringat, lepaih raya start la nak pinjam merata.ada yang pinjam nak beli susu anak. haiii ni aku tak gemaq, sebab bila dapat duit gaji awai, setel dulu yang mana penting. untuk nak joli2 kemudian kan. bayaq yang penting dulu, yuran tadika anak, duit susu anak, duit pampers anak, duit ngasuh anak, duit nak bagi kat mak, apa saja yang perlu selesai, setel dulu, pastu baru kita beli yang tak berapa perlu. biaq kita makan roti takpa, janji kita tak berutang dengan orang. malu anak kita kalau cikgu bagi surat mintak duit yuran, sebab duit dah terpakai. sian kat anak nak minum susu takdak sebab kita tak spare siap2 susu dia. beli buat stok apa salahnya. bukan expired bulan depan pun. kalau nak belanja mewah, pikiaq dulu, itu satu keperluan atau kehendak. memang penting atau saja nak beli sebab teringin. kalau dah teringin sangat, nyanyi la lagu teringin by shima. puas hati. aku dah setel semuaaa yang aku kena bayaq. biaqla tinggai sikit duit tu asaikan aku dah setel yuran anak, duit susu, pamapers, duit nak bagi kat mak, insurans semua..nak belanja, kita pikiaq kot lain plak.hmmm gaji sikit, kena la pandai bajet..

Baju Raya

raya dah nak dekat.. mingu depan ja oii. baju raya dah ada? aku belum, laki aku pun belum.anak2?ain punya dah setel. 2 pasang baju kurung, 2 pasang seluar. skirt takdo. mohsin baru beli t shirt ja selai. adoiii laki aku tak balik minggu nih. aku kena setel la nak beli baju raya. takkan takdak kot kat anak2..sian ooo ..yang dah tua ni lantak la takdak pun. yang kecik nih wajib la adakan..so, aku plan, esok aku nak kena g cari kedai yang juai baju murah. sebab kedai macam gudang sebelum baju masuk supermarket. ramai yang pergi beli kat situ sebab rega murah banyak yang dari supermarket. kalau tak dan nak pi esok, aku kena amik cuti satu hari bawa ain dengan mohsin pi beli kat The Store ja la. kedai tu aku tak tau. tu yang kena pi dengan kawan. pi super time kerja tak la ramai orang sangat. kalau tidak jenuh berlaga punggung la. camna nak membeli camni. ok..set, esok kita pi cari baju raya. kalau dak, kena amik cuti. ooo kena jugak la amik cuti sebab nak beli kasut raya sekali..aiseyyy... camna? kau kan super mak, hentam saja la. nak tunggu laki, pakai takdak baju raya la anak-anak aku nih...

Monday, 6 July 2015

Nak Tiru Ek

alahai cantiknya lampu lip lap kat rumah aku nih. bukan aku beli tapi abang ipaq aku yang beli. dah banyak kali anak aku mohsin suruh abah dia beli sebab cantik kan lampu lip lap lip lap di waktu malam. tapi, abah dia buat dono. so, pak ngah dia la yang beli. tak mahai sangat, rm80 ja pun. tahun lepas lagi dah ada lampu tu, tapikan, rupanya ada orang dok taram lampu tu. nak beli sebijik gak cam yang kami punya. mulanya kami tak tau niat dia tu, satu hari, 2 minggu lepas, masa kita start posa tu, mil aku perasan, ada lampu lip lap baru, dia pun tanya la, baru beli ker? ha, kak oiiii, dah lama cari baru jumpa. ija cari merata lampu cam nih..aiseyyy nak meniru rupanya...kalau baru beli cari la paten lain yang lebih baru, ni paten tahun lepaih cik oiiii...hehehe nak tiru ek..

Tuesday, 30 June 2015

Binatang

ada baca paper pasai penderaan tu? patah 13 tulang budak kecik tu, usus bersimpul, luka yang dalam di kepala, mungkinnn sangat dia akan cacat kekal.binatang betul pompuan tu. yang ayah dia tu plak, binatang gak plus takdak teloq.anak hang kan? yang biaq bini muda pi dera pasai pa? akai, rasa simpati, rasa kesian dok tang mana? tak dengaq ka tak sedih ka budak tu dok teriak sakit sebab kena dera. memang dua dua ni binatang.akai tuhan bagi, tak guna. padan muka kena tangkap pastu mintak reman singkat sebab nak menyusu anak. pandai plak hang pikiaq pasai anak. yaya tu bukan anak ka, yang hampa berdua boleh pi biat dia sesuka hati. bodoh la hampa nih. kalau la mahkamah bagi can untuk ibu-ibu prihatin di Malaysia, sapa nak bagi pelempang kat binatang betina ni silakan, aku gerenti berduyun pakat pi bagi pelempang. bagi hang rasa plak camna. pompuan tu bangsat, yang laki dia pun sama bangsat + bodoh macam.... kalau sebut nama lembu dia pun mesti marah..sebab dia pun tak dera anak dia.boh la bodoh macam apa pun.

Minyak Oh Minyak

oiiii kawan2..rega minyak naik lagi..tiap2 bulan naik..bila nak turun? minyak dunia naik ke turun kengkawan? setiap hujung bulan tunggu la pengumuman, rega minyak naik ka turun ka? adoi laaaaa..gaji ciput macam aku nih, makin sempit la nak berbelanja. bukan nak belanja mewah, yang asas pun banyak yang kena cut. yang mewah lagi la tak nampak bayang. dah la dengan gst, yang gaji puluh ribu, tokey2 memang la kata gst ka, minyak naik ka, saya belanja tetap sama. hampa takpa la, gaji banyak, anak sorang, aku yang gaji sikit nih, telan air liur la dengan dia cakap camtu..nak pangkah, satgi takdak idea nak menjawap plak. diam je la..hmmm nasib la kami yang marhein dan tak berduit nih. 

Saturday, 27 June 2015

Instagram

zaman kan dah canggih la ni..aku ada akaun instagram atau orang selalu pangge ig. sebenarnya aku tau jugak la pasai ig ni tapi tak berminat nak buka akaun. satu hari masa aku pi kursus, kawan aku la yang tolong buka kan..aku bukan la aktif sangat dengan ig ni. upload satu gambar, senyap 3,4 bulan..upload satu, senyapppp lama..tambah plak aku ni jenis pemalaih tahap gaban nak amik gambaq. camna nak aktif.orang ada fb aku pun ada. orang nak berniaga guna fb, aku pun nak buat jugak. orang lain aktif gila punya, aku lembapppp punya tapi tak gila k. ig pun sama la.orang berniaga guna ig, aku pun kalut nak gak tapi ada produk pun tak iklan. siankannnnnn...tapikan, bila ada ig ni, eh eh bila tengok plak ig kerabat diraja, ig retis ig orang itu, ig orang nih. pastu follow, follow ig orang juai blouse, ig orang juai seluaq, ig orang juai mekap.pendek kata, follow ja la.lastly banyaknyaaaaa yang aku follow. 

Sunday, 21 June 2015

Biskut Raya Tak Laku?

waaaa ini satu kejutan. biskut raya tahun ni sales drop giler..hampir separuh dari tahun lepas punya.sebab gst ka apa?heran nih..selalunya tiap tahun aku tolong jiran aku juai biskut raya, total sales dia dalam 24000 keping jugak la biasanya. tapi tahun ni dia cuma dapat order dalam 11k ja. aihhh heran nih. lepas tu plak, yang aku dok kutip sapa nak order untuk dia cuma dapat 250 keping ja. selalunya aku dapat dalam 1k keping. yang kawan aku sorang lagi tahun lepas aku tolong juai dapat gak 5oo kpg, tahun ni..tarak langsung. lawak pun ada gak ni, pakat nak berjimat kot. pakat-pakat nak buat sendiri. aku pun cadang nak buat 2,3 jenis yang veryyyy simple tapi sedap. haaaa semperit susu aku dah pandai buat tapi bunga dia ja tak berapa nak cantik. biskut jejari roti pun nak buat jugak.sangat laaaaa senang.lagi satu apom polkadot..my feveret. tu ja la cadang nak buat. semoga menjadi kenyataan.anyway, kepada tokey biskut, sabar ye..mungkin tahun depan order akan meningkat kembali..

Smoothie

yuhuuuu....dah 5 hari berpuasa. so, kemarin aku buat tomyam makan dengan mi. cantik..itu ja yang aku buat untuk berbuka. minum teh o perah limau dengan sirap kosong. mabeles...alhamdulillah..itu yang ada. bersyukur masih ada makanan dan minuman. apa yang aku pentingkan ialah tidak membazir. aku selalu bagitau anak-anak aku, jangan membazir sebab semua makanan tu beli dengan duit bukan dapat saja. so, jangan makan sikit dah tak mau, amik yang lain. no no no..aku benci orang yang buat camtu. semalam jugak, aku buat smoothie..aiseyyyy senang giler..aku buat pisang + kurma + yogurt. blend semua sekali. boh ais ketul sikit. hummmm sedap..sihattttt..cadangnya nak jadikan smoothie ni minuman harian. so, petang kemarin aku beli pisang mas yang kecik2 jerrrr.kecikkkkkk je k. mango masak sebiji. sebijiiiiii jer. panjang ada la sejengkal aku..berat aku tak timbang. rega rm6.60..amboiiii mahainya la kau buah..barang sekarang semua naik.mahai mahai belaka. hmmm reda ja la. so, this coming buka puasa, aku nak buat smoothie mempelam dengan kurma jugak. rasanya MIL bleh minum kot sebab kemarin aku buat dia minum ok ja. ka aku ja yang nak berdiet dia kena ikut sekali..hahahha siannnn MIL. petang ni, nak buat roti john ja. simple and mabeles... 

Menu Apa?

bila mai time bulan posa nih, yang dok jadi masalah walaupun bukan masalah sebenarnya ialah dok pikiaq nak berbuka dengan apa? nak masak apa time sahur? nak beli ayaq apa kat pasar ramadhan (param) nanti.aku tahun lepaih ada gak pi param tapi tahun ni rasanya dak la sebab aku nak kena ligan masa nak amik anak lagi, nak amik anak di tadika lagi. nak masak lagi, pakai dak la ke param tu. makan ja la apa yang ada kat rumah. cadangnya, tahun ni nak amalkan menu sihat. tu dok terpikiaq tu, nak buat sandwich time berbuka, buat tomyam tapiiiii aku kot la boleh, mak mertua aku bleh ka?sian plak kat dia. ahaaaa aku nak buat smoothie time berbuka..ishhh terliuqnya tengok. senang ja nak buat smoothie ni. takpa, aku cuba buat sikit2..esok2 bila dah jadi kelaziman, senang la kan?apa2 pun nak start tu yang payah, dah jalan, ok ja. menu apa hampa bersahur? aku bila balik rumah mak aku, cukup senang bersahur. nasi putih + ikan goreng garing2 + sambal kicap. ok dah tu.berbuka pun satu dua menu ja. hari tu, aku buat cucuq jemput cicah sos dengan kuih cara. aku makan kuih ja. lauk mak aku buat ayam panggang guna pemanggang ajaib tu. buat sambal kicap dengan lauk apa tak tau satu menu lagi. huihhh tu pun dah selera dah makan. niat tu nak kurangkan berat sikit di bulan puasa ni sebab berat aku ni naik mencanak2..makan tak banyak mana pun. semoga tercapai la niat suci murni aku nih.tu yang dok cadang nak masak makanan secara sihat. 

Wednesday, 17 June 2015

Selamat Berpuasa

esok kita akan start berpuasa. selamat berpuasa semua..semoga puasa tahun ni, kita akan lakukan dengan lebih baik, lebih banyak ibadah yang akan dapat kita lakukan. kalau aku, terawih jemaah dah confirm tak bleh pi. nak pi camna dengan anak kecik nih. jenuh plak nak bertempik. pasar ramadhan atau param, alahaiiiii tak pi dah la aku sebab lepas kerja sibuk nak amik anak sulung, nak amik anak kedua, nak balik masak lagi. hmmm kena ekjas time comey2 nih. kang berbuka dala keta. padahal jarak ruamh dengan tempat kerja, dengan tadika anak, dengan pengasuh tak la jauh mana.tahun ni azamnya nak terawih di rumah, nak baca quran.. sikit pun tak pa. daripada tak baca langsung..nak diet..ishh nak diet tu..ko jangan main..istilah diet ni sentiasa ada kat mulut. tapi jadi dengan tak jadi ja...anyway, selamat berpuasa..jaga mulut, jaga mata, jaga kelakuan, moga puasa kita akan lebih barakahnya..aminnn

Wednesday, 10 June 2015

Lemau

hari yang lemau. sebab :
**rasa malaih nak kerja ya amat. rasa cam nak dok di rumah nak buat kek, nak buat biskut, nak tidoq, nak rilek2 sambil tengok tv
**dalam kepala dok terbayang bread maker dengan kek ja
**sebab banyak program dah selesai jdnya tak la letih sangat dok pikiaq apa program nak on apa program lepaih nih
**ada keja sebenarnya, dokumentasi tak buat lagi, fail klien pun bertimbun lagi tak berchek chek lagi, berapa ramai yang tak mai lapor diri pun tak berapa nak pasti
** aiseyyy malaihnya nak menaip pun

Monday, 8 June 2015

My Wishlists

angan-angan aku dalam masa terdekat nih, nak beli bread maker. aku tau ada satu brand yang femes noxxa from amway. tapi tu mahal sangat. aku dok perati sales tang mana2 kot dapat murah sikit. berangan sungguh aku ni nak buat roti sarang lebah..serius, rasanya boleh jual roti tu sebab sedap dan femes.lagi satu, aku nak beli stand mixer. dapat yang heavy duty lagi baguih. mahai oo..ribu tu rega. ada sapa nak sponsor ka hadiah dak kat aku? kalau ada nak sedekah ka, amatlah dialu alukan..hehehehe kot la ada saja tapi tak guna ka tak pun nak beli yang lagi canggih ka dari dok dalam stor baik bagi aku.chewahh tak malu kan mintak kat orang..lawak ja yer..nanti aku usaha beli sendiri. tapi, biras aku, beli mesin jahit. yang boleh jahit bunga bagai..rega masa tu dalam rm2k lebih la. dia boleh pi letak dalam stor tak guna. lastly dia lupa yang dia beli mesin tu. abang ipaq aku tengok semak ja dok dalam stor,bagi kat mil aku.dia pun nak buat apa dengan mesin tu, lastly, dok bawah katil mil la. kalau la aku tau menjahit, memang aku guna dah. apakan daya, tak tahu dan tak belajaq.

Macam Pisang Panas

sekarang ni, brand selendang macam goreng pisang panaih..hang pi butik tu, nama ni, pi butik sana, nama ni.kiranya beratus brand selendang dok ada. ni yang aku concern pasai selendang, pasai tudung ala-ala fareeda pun sama. skirt labuh big size pun sama. palazo pun sama. amboiiii pandai sungguh depa ni menjahit. nasib la aku tak pandai menjahit tidak aku pun akan keluarkan satu brand, nama sarah couture..chewah..aku pun hantaq masuk semua vendor butik di kulim nih. biaq semua orang tengok brand aku, pakai brand aku.. hahahaha (perasan sekejap). selendang paling femes di vendor butik..seledang H&M..kawan aku kata dia beli kat KL, selai br rm 2.80..kat sini semua jual rm10.00..huiyoooo untung berganda youuu..nak barang murah kena pi KL, beli borong mai juai kat sini. serius untung. nak lagi ok, buat sendiri..untung jugak. kat vendor butik ni, mana-mana pun barang hampir sama. sini juai kurti, sana pun kurti. tapiiiii nak lagi murah pi car boot sale..kat kulim setiap hari sabtu kat hotel sri malaysia. ishhh murah ooo...baguih jugak kalau banyak orang yang keluarkan jenama pakaian sendiri nih. lagi banyak yang keluarkan, kita banyak pilihan. lagi banyak offer, lagi banyak duit kita habis..hehehehe nak bergaya kan?actually, aku suka pi vendor butik, tengok-tengok apa yang depa juai. paling cikai pun, beli rempeyek ka apa yang murah kat butik tu. biasanya makanan yang jadi pilihan dan yang paling cepat habis. cam aku, kalau masuk tu tak beli apa-apa rasa malu la plak, capai la apa yang murah. ada rempeyek ka, maruku ka, air lemonade ka, amik pi la. haaa kan dah membantu jualan depa...anyway, aku bangga sebab yang bukka vendor butik ni kebanyakkannya bawah 30 thn. di kulim, di tempat lain aku tak tau. means, depa ada wawasan dan target utk jadi usahawan. aku? aku jadi pembeli dah la..

Sunday, 7 June 2015

Berniaga Di Butik Vendor..Untung atau Rugi..

recently, banyak betul butik berkonsepkan vendor ni wujud. di tempat aku saja, ada lebih kurang 6 atau 7 butik yang berkonsepkan vendor. aku pun ada join gak. 3 butik aku join. yang dua tu, totally aku fail. lingkup teruih dengan modai-modai sekali. yang satu ni aku tengah on. tu pun rasanya tak sambung dah join vendor. sebab - sebabnya, aku rasa bagi aku la, tak untung pun..rugi ja. kalau dapat pun lepaih untuk bayar sewa slot. modai tak termasuk lagi..contohnya : yang aku tengah join nih, aku juai kek coklat moist dengan snowy cheese kek. aku letak hari mula dengan restock semua sekali 4 kali. aku dapat la rm158. ada yang kek tak habis. aku tak salahkan tokey butik sebab kadang2 depa suruh restock aku yang tak sempat nak buat. ada kem la, ada kursus la. letih keja sangat la. jadinya tak restock. tu pun menjejaskan kutipan aku gak. lastly, aku rasa nak surrender, sebab mungkin untuk yang full time housewife atau yang betul2 komited bleh buat. yes, they can go on. cthnya, anak dara yang tengah tunggu result ka, atau yang memang dok buat kek juai pastu nak tambahkan sales. ni aku cakap bab makanan kek especially, kalau yang juai tudung ka seluaq ka takdak masalah sebab barang tak expired.
lepas tu, base on my friends experince and mine also, ada peniaga yang up rega barang. kita bagi sekian sekian harga, depa pi up jadi mahai. ni kawan aku sendiri yang pi check barang dia kat butik tu. terkezut lah dia. then, bila tak continue join the butik, depa bagi barang tak cukup plak. tu belum kira yang bergaduh dalam group whatsapp. sebab biasanya tokey butuik akan wujudkan group. ada plak yang kata tokey kira tak betul la, tak kira stok betul2 la. macam2 aihhh...aku? tak pernah kira dengan detail berapa yang aku hantaq, berapa yang terjual. sebab aku tak tulih, harap depa ja, depa kira bagi ja chek. tak betul kan cara aku tu..ada juga tokey yang masa mula2 ja manissssss muka, time ada masalah sembang pun tak tengok muka..hmmm aku pernah kena gak dengan tokey camni. suruh mai amik duit, dia yang lupa, padahai dia yang suruh mai sekian sekian hari. boleh marah kita plak tu..sabaq ja la..ada gak yang aku ralat sebab depa up rega barang, pastu tak habis juai..dah mula2 tu hampa penaik rega sampai tak mau..mana nak laku..hmmm sabar ja la. ni pun aku hantaq jugak sebab dah kontrak sampai hujung bulan nih. kalau tak hantaq rugi sebab dah bayar sewa. buat pi la sikit2..
ada jugak yang aku tengok, mahainya rega barang. biaq betoi. lasagna sebekas, rm 15..size dia kalau hampa bleh gambarkan besaq sikit dari kotak yang isi pensil.contoh kita beli pensil 2b yang sekotak tu. besaq sikit dari tu la. huiiii mahai la bagi aku. sebab ada vendor lain juai dalam rm8 ja. besaq sama. kat butik vendor kawan aku tu, ada orang juai dadih 2 layer. sebelas rm1.50. dia mai restock setiap seminggu. dalam 20 bekas. so, korang kira la jualan dia berapa sebulan. cth : 20 bekas x rm1.50 = rm30 x 4 minggu = rm120. sewa slot chiller rm 70..dapat banyak mana kat tangan? certain barang ok la join vendor butik, mcm kain baju, selendang, seluar palazo, kalau yang cepat expired kena tengok lokasi butik dan juga sales butik tu camna. tidak rugi ooo..cam aku, sewa rm270, br dpt rm158.. salah aku gak sebab tak check dulu aku betoi-betoi bleh komited ka dak dengan bisnes ni..aku rasa aku bleh, rupanya salah..huhuhuhu..tak balik modai la aku..huhuhu (nangis tersedu-sedu).. anyway, this is experience right?