kudengar beburung pagi berkicau
keluar terbang mencari rezeki
untuk menyuap seekor ulat
ke mulut anak-anaknya
dan ayam membuka reban
mengajak anak-anaknya mencarik tanah
mencari seekor semut
untuk buat sarapan
dan itik berderet menuju ke bendang
menyudu-nyudu air di kolam
mencari anak puyu dan haruan
tembolok diisi kegirangan
kita manusia, berebut-rebut di stesen lrt
untuk cepat sampai ke destinasi
kalu lambat habislah kena maki
dengan bos yang tak kompromi sekali kali
rezeki yang halal perlu dicari
untuk keperluan anak dan bini
jangan kita leka dengan duniawi
akhirat juga yang sedang menanti
rasuah ada di mana mana
perlulah kita sentiasa berjaga-jaga
supaya kita tak terlibat sama
akibatnya hidup kita merana
3 rangkap yang last tu
aku cipta sendiri ayatnya
yang lagi 3 aku copy orang lain punya
sila lah baca kot jadi panduan kita bersama
1 comment:
pantut bermesej nicee
Post a Comment