Tuesday 3 January 2012

PSP..perlu dan mesti buat k...

haaaa..apa benda psp tu??? ala cek oiii pemeriksaan sendiri payudara la...kan kita orang pompuan dinasihatkan selalu buat.walaupun ramai dah tau, tapi aku saja ler tulis dalam blog nih..kot2 ada yang tak tau nak check camna...
pertama:
angkat kedua2 belah tangan ke atas kepala, pusing perlahan2 dari sisi kiri ke kanan..kena buat depan cermin nih..
kedua :
cekak pinggang anda, tekan perlahan2 ke bawah untuk menegangkan otot dada dan tolak payu dara anda ke hadapan
ketiga :
perhatikan dengan teliti perubahan pada payu dara spt saiz,bentuk dan kontur. tengok kot2 ada kedutan, lekukan atau puting tersorok
keempat :
pelan2 picit kedua2 puting dan tengok jika ada lelehan keluar, periksa jika lelehan yang keluar jernig atau ada darah
kelima :
kalu nak periksa belah kanan, letak bantal di bawah bahu kanan, tangan kanan di belakang kepala, tekan jari mendatar di payu dara dan gerak perlahan2 dalam bulatan kecil, bermula dari pangkal payu dara. selepas satu pusingan, bergerak satu inci ke arah puting
keenam :
untuk breast belah kiri, buat cara yang sama.

kalu nak buat psp ni, elok buat 3 hari selepas haid atau 7 atau 10 hari mula period.bagi haid yang tidak menentu atau dah habis haid, pilih satu tarikh yang tetap..orang lelaki pun kena buat jugak sebab lelaki pun boleh kena gak kanser payu dara nih..

jadi, meh la kita pakat2 check k...

No comments: