Sunday 29 January 2012

Tip-tip Untuk Nak Kurus..Baik Baca

pertama skali : kena minum banyak air..sebabnya, minum banyak air akan memberikan rasa kekenyangan pada perut dan keinginan untuk makan akan kurang..nak lagi cantik sebelum makan, minum air, jadinya kita akan rasa kenyang, bila kenyang, makan pun sikit.

kedua : gembirakan diri sendiri
haaa jangan salah faham, kalaupun berdiet, makanan kegemaran kita masih boleh diambil, tapi dalam kuantiti sikit..kalu kita tahan nak makan, nanti keinginan tu akan terus meningkat..lagi ler kita tak bleh kontrol..makannn jer..so, biar kita makan, tapi sikit..tak le kempunan, kang mati mata celik plak..hahahah

ketiga : mulakan pengiraan
maksudnya, bila rasa lapar, rehat 10 minit..sebabnya rasa lapar tu akan kurang bila kita fikirkan benda lain..keinginan untuk makan ni akan muncul selama 10 minit jer..lepas tu, hilang la lapar tu..kena try teknik nih..time lapar, kita pikir pasal soping plak ek..

keempat :makan makanan yang kurang berlemak
ala yang nih memang tip yang slalu orang bagi..kurangkan lemak kurangkan lemak..sebagai ganti, makan le makanan yang sihat, pastu amik teh hijau sekali kerana ia akan membantu membakar kalori dan meningkatkan pencernaan.

kelima : buat perubahan dalam jadual
berat badan kita tak naik dalam sehari dan begitu juga berat badan tak akan turun dalam sehari..buat jadual. setkan dalam seminggu akan turun sikit pun tak pa la janji turunkan?? jangan terburu-buru.

keenam : sasarkan 10 peratus
tetapkan matlamat jangka masa panjang..contoh: nak turun dalam 10 kilo, set la kurang 10 peratus dulu..slow and steady..

ketujuh : berikan makanan anda rasa baru
tambah la apa2 yang akan membantu menyedapkan rasa makanan..contohnya tambah cili dalam masakan supaya ada rasa pedas dan pada masa yang sama tidak akan mengubah menu kita..yogurt juga bagus kerana rendah lemak..haaaa sapa kata yogurt tak bagus..

kelapan : kurangkan hidangan anda kepada 1/3
jangan amik banyak makanan anda, amik 1/3 jer..bagi dapat makan saja tapi jangan berlebihan..kita perlu kuat untuk melawan godaan nafsu makan..haaa.. part ni yang penting..

kesembilan : pastikan anda makan
jangan nak berdiet sampai tak makan..kena makan tapi dalam kuantiti yang sikit dan berterusan..bila tahan rasa nak makan, maka akan berpotensi untuk memusnahkan diet kita..

actually, tip ni aku dapay dalam metro, saja nak share dengan korang..aku pun ada gak try, walaupun tak la turun banyak tapi ada la perubahan sikit.seluar pun dah tak ketat sangat..biasanya diet ni akan jadi kureng sikit bila cuti ler..nasi lauk best, tak tahan bebbb..

meh le kita pakat2 amalkan..supaya badan sihat, obesiti pun tiada...

No comments: